Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DBKU, Aberdeen perkukuh usaha kelestarian bandar
  • SEMASA

DBKU, Aberdeen perkukuh usaha kelestarian bandar

Utusan Sarawak 20 hours ago

ABERDEEN: Usaha memperkukuh kelestarian bandar menjadi fokus utama kunjungan hormat Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman terhadap Lord Provost Bandaraya Aberdeen, Dr David Cameron, sempena lawatannya ke United Kingdom bagi menghadiri Energy Exports Conference (EEC) 2025.

Pertemuan itu menjadi platform penting bagi pertukaran pandangan serta maklumat berkaitan inisiatif bandar rendah karbon, sejajar dengan aspirasi kedua-dua bandaraya untuk mencapai status Bandaraya Net Zero.

Dalam perbincangan tersebut, Hilmy menyatakan minat DBKU untuk menjalin hubungan strategik “Net Carbon Friendship City” bersama Aberdeen City Council.

Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh kerjasama dua hala yang menumpukan kepada perancangan bandar mampan, pengurangan jejak karbon, serta adaptasi perubahan iklim secara bersama.

Aberdeen kini melaksanakan Net Zero Aberdeen Routemap, iaitu pelan tindakan komprehensif yang menyasarkan pencapaian status net zero menjelang 2045.

Pelan tersebut dibangunkan berdasarkan enam strategi utama: Strategi Mobiliti, Strategi Bangunan dan Pemanasan, Strategi Ekonomi Mampan, Strategi Bekalan Tenaga, Strategi Alam Sekitar Semula Jadi, serta Strategi Pemerkasaan Komuniti, kesemuanya selari dengan prinsip pembangunan lestari.

Penglibatan Hilmy dalam delegasi rasmi Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty), Datuk Dr Hazland Abang Hipni, ke EEC 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 4 Jun di Aberdeen, turut mengukuhkan komitmen Kuching Utara terhadap agenda hijau global.

Delegasi turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Kewangan Negeri Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, wakil Pejabat Peguam Kanan Negeri Dr Jady@Zaidi Hassim, Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin, Naib Presiden Kanan Sarawak Energy Berhad Siti Aishah, serta Pengurus Besar Kelestarian Sarawak Energy Berhad Mohamad Irwan Aman.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Komuniti) DBKU Rudzaimeir Malek, dan Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Energy Industries Council (Asia Pasifik) Awang Mu’awaludin.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kontrak penggajian wajib disetem tahun depan – LHDN
Next: Inisiatif Makkah Route tamatkan operasi, permudah perjalanan haji lebih 314,000 jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.