Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dayang janji jaga kepentingan semua pengundi
  • TEMPATAN

Dayang janji jaga kepentingan semua pengundi

Utusan Sarawak 3 years ago
IKRAR…”Saya berikrar akan berkhidmat dengan baik dan adil,” ikrar Calon GPS Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor

LINGGA: “Saya berikrar akan berkhidmat dengan baik dan adil,” ikrar Calon GPS Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor di hadapan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Katanya, beliau berjanji akan menjaga semua pengundinya di sini secara adil jika mereka memberikan semua sokongan yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, beliau dan Rohani akan memerhatikannya untuk memastikan dia mengotakan ikrar dan janjinya.

“Adalah amat penting bagi semua wakil rakyat GPS negeri melawat kawasan masing-masing bagi menawarkan perkhidmatan secara kerap dan adil.

“Hakikat bahawa beberapa kawasan seperti pada zaman Barisan Nasional (BN) masih kekurangan infrastruktur dan kemudahan bukanlah salah BN.

“Ia adalah kesalahan wakil rakyat masing-masing yang gagal menyampaikannya. Akibatnya, rakyat merekalah yang menderita.

Kami tidak mahu perkara ini berterusan dalam GPS,” tegas Uggah.

Tambah beliau, mengenai Pilihan Raya Negeri Ke-12 GPS mempunyai objektif yang sangat jelas untuk menang.

“Kami mahu membentuk kerajaan. GPS di bawah pengerusinya Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai hala tuju yang sangat jelas tentang apa yang kerajaan mahu lakukan untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang apabila menang kelak.

“Parti yang bertanding….tiada pemimpin mereka mempunyai rekod prestasi seperti Abang Johari.

“GPS mengatasi mereka dalam prestasi dan perkhidmatan. Jadi berikan semua sokongan anda kepada GPS,” katanya.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Penduduk Zon Pangkor nikmati air bersih
Next: Klinik satelit bakal dibina di Tabuan Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.