Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Datus United dapat suntikan semangat
  • SUKAN

Datus United dapat suntikan semangat

Utusan Sarawak 4 years ago
ALFEYAN menyampaikan tajaan kelengkapan jersi kepada pemain Datus United semalam.

PASUKAN Datus United mendapat suntikan semangat baharu apabila menerima tajaan kelengkapan jersi daripada AQib baru-baru ini.

Pengurus pasukan Datus United, Awang Putra Yusri Awang Redzuan berkata tajaan kelengkapan dua set jersi itu bagi kegunaan pemain pasukan Datus United bagi menghadapi saingan Liga Sri Aman 2021 yang telah tertangguh sejak 18 Januari lalu.

Selain itu katanya lagi, AQib juga turut menaja set kelengkapan jersi pemain dan jersi latihan kepada pasukan Datus United Veteran yang akan digunakan bagi siri jelajah perlawanan persahabatan pasukan itu kelak.

“Saya mewakili Pengurus pasukan Datus United ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja (AQib) iaitu saudara Alfeyan Abu Bakar atas sokongan beliau dalam menaja jersi kepada pasukan (Senior dan Veteran) ini.

“Ia merupakan suntikan semangat baharu buat barisan pemain Datus United (Senior dan Veteran), sekaligus ia meningkatkan semangat para pemain kedua-dua pasukan ini untuk mengharungi perlawanan yang akan diadakan selepas ini,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Awang Putra Yusri berharap ia mampu memberikan keyakinan tinggi kepada pemain serta pengurusan untuk memastikan nama pasukan Datus United unggul di mata peminat sukan bolasepak di negeri ini.

“Saya berharap dengan sumbangan saudara Alfeyan ini, akan menjadi contoh kepada anak-anak Simanggang lain dalam bersama-sama membantu mengangkat martabat serta kegemilangan sukan bola sepak Simanggang selepas ini,” ujarnya lagi sambil menambah beliau adalah merupakan individu dan pemain yang sangat komited dalam usaha membantu Datus United melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.

Dalam pada itu, Alfeyan adalah merupakan salah seorang pemain pasukan Datus United Veteran yang telah membantu pasukan itu menjuarai Liga Veteran Sri Aman 2020, tahun lalu.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Lee Chang Hoon jadi penyelamat
Next: Emas bukan sasaran realistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.