Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Datuk Majang tinjau projek PPRMS di Samalaju, pastikan kebajikan rakyat terjaga
  • Utara
  • WILAYAH

Datuk Majang tinjau projek PPRMS di Samalaju, pastikan kebajikan rakyat terjaga

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAWATAN… Datuk Majang Renggi ketika mengadakan kerja bagi meninjau pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di Rumah Man Andoh, Batu 21, Jalan Bintulu–Miri, semalam.

SAMALAJU: Kerajaan negeri komited memastikan kebajikan rakyat luar bandar terus diberi perhatian, khususnya dalam aspek perumahan dan keselamatan komuniti.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi ketika mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di Rumah Man Andoh, Batu 21, Jalan Bintulu–Miri, semalam.

Datuk Majang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk rumah panjang serta mendengar secara langsung pandangan dan keperluan komuniti setempat berkaitan kesejahteraan hidup dan kemudahan asas.

DATUK Majang Reggie rakam kenangan bersama penduduk Rumah Man Andoh, Batu 21, Jalan Bintulu–Miri.

Menurut kenyataan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Samalaju, beliau turut turun padang ke Rumah Bennet Sepadok, Bintulu bagi meninjau perkembangan projek membaik pulih kawasan tanah runtuh yang sedang dilaksanakan di rumah panjang berkenaan.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar mengikut perancangan serta mengambil kira aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat, menurut kenyataan itu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 349 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur JPJ Sibu
Next: RM270,000 peruntukan UNIFOR untuk Gereja Life Baptist

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.