Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Datuk Bandar Kuching Selatan wakili Malaysia di Persidangan Tahunan XVII Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO
  • SEMASA

Datuk Bandar Kuching Selatan wakili Malaysia di Persidangan Tahunan XVII Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Wee Hong Seng menyampaikan pembentangan pada Forum Datuk Bandar – sebuah sesi berprofil tinggi menghimpunkan 95 Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dari seluruh dunia.

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, telah mewakili Malaysia di Persidangan Tahunan ke-17 Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) yang berlangsung dari 24 hingga 28 Jun 2025 di Enghien-les-Bains, Perancis.

Bertemakan inovasi budaya dan kelestarian, persidangan berprestij ini menghimpunkan lebih 350 bandar ahli dari 100 negara di seluruh dunia, merentasi tujuh bidang kreatif utama.

Ia menjadi platform penting untuk berkongsi amalan terbaik dalam menggerakkan pembangunan bandar secara mampan melalui budaya dan kreativiti.

DATO Wee Hong Seng bersama Penolong Ketua Pengarah UNESCO bagi Bidang Budaya, Ernesto Ottone R.

Bandar raya Kuching, yang diiktiraf sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pertama di Malaysia sejak 2021, telah memainkan peranan aktif dalam menerajui pelbagai inisiatif komuniti yang menggabungkan gastronomi, warisan budaya dan kelestarian sebagai sebahagian daripada pembangunan bandar yang inklusif dan berdaya tahan.

Sebagai antara acara utama persidangan, Dato Wee telah dijemput menyampaikan pembentangan dalam Forum Datuk Bandar – sebuah sesi berprofil tinggi yang menghimpunkan 95 Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dari seluruh dunia.

Dalam pembentangan beliau yang bertajuk ‘Dari Braga ke Borneo: Melaksanakan Manifesto Braga melalui Gastronomi dan Budaya bagi Menyokong Agenda Mondiacult 2025’, beliau menekankan komitmen bandar raya Kuching dalam mengintegrasikan dasar budaya ke dalam tadbir urus tempatan, memperkukuh keterangkuman sosial serta memacu pemerkasaan ekonomi melalui pendekatan kreatif.

“Persidangan ini menjadi wadah antarabangsa penting bagi Kuching untuk mengetengahkan bagaimana nilai budaya dapat dijadikan teras dalam pembangunan komuniti. Kami membuktikan bahawa sebuah bandar di Borneo mampu melaksanakan Manifesto Braga dan menyokong agenda Mondiacult 2025 dengan pendekatan yang praktikal dan menyeluruh,” jelas Dato Wee.

Penyertaan beliau dalam persidangan ini turut mengukuhkan komitmen bandar raya Kuching terhadap visi UNESCO yang menjadikan budaya sebagai kepentingan awam sejagat, selaras dengan agenda pembangunan global pasca 2030.

Di samping sesi pembentangan dan dialog, persidangan ini turut membuka ruang untuk kerjasama strategik dengan bandar ahli lain dalam pelbagai bidang kreatif termasuk gastronomi, kraf dan seni rakyat, reka bentuk, kesusasteraan dan media seni.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hubungan Sarawak–Australia diperkukuh, fokus tenaga hijau, industri ternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.