Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dilantik anggotai Badan Penasihat Khas
  • UMUM

Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dilantik anggotai Badan Penasihat Khas

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dilantik anggotai Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi merupakan antara lima individu yang dilantik menganggotai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu, badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan itu akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Dato’ Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tiga lagi anggota badan penasihat khas yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng dan Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Prof Ulung, Dr Rajah Rasiah.

“Kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi ini bertanggungjawab bagi membantu menasihati Menteri Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Perdana Menteri turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas tersebut tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Continue Reading

Previous: Polymyxins disenarai sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar
Next: Kerajaan cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa pengeluaran KWSP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.