Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Datuk Abdul Rahman pengerusikan mesyuarat ALP PSSB ke-10 di Serian
  • Utara
  • WILAYAH

Datuk Abdul Rahman pengerusikan mesyuarat ALP PSSB ke-10 di Serian

Utusan Sarawak 13 hours ago
LAPORAN KEMAJUAN… Datuk Abdul Rahman Ismail ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Peladang Sagrow Sdn Bhd (PSSB) Kali ke-10 di sebuah hotel di Serian.

LAWAS: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Abdul Rahman Ismail, telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Peladang Sagrow Sdn Bhd (PSSB) Kali Ke-10 yang diadakan di sebuah hotel di Serian.

Perbincangan melibatkan hal-hal kewangan dan pengurusan semasa projek penanaman bawang merah, termasuk penanaman sayur berkualiti tinggi menggunakan konsep pertanian pintar, serta perancangan penanaman sayuran seperti tomato ceri, cili benggala, selada, timun Jepun, kangkung, dan kobis.

Setelah itu, lawatan ke tapak projek PSSB seluas 20 hektar di Taman Agroteknologi Sarawak (SARTECH) Tarat, Serian telah diadakan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kemajuan semasa projek yang dirancang untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan rumah hijau.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PSSB ALP Kho Lian Shen, ahli-ahli ALP Sarawak dan Jurutera Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak Sibylle Suley Surik.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFC ingatkan orang ramai waspada kemunculan buaya musim hujan
Next: Kem Belia 2.0 asah potensi pemimpin muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.