Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Datu Kipli Yassin bakal tamat perkhidmatan sebagai Mufti Sarawak selepas 16 tahun
  • TEMPATAN

Datu Kipli Yassin bakal tamat perkhidmatan sebagai Mufti Sarawak selepas 16 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGHARGAAN…Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin (kiri) yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari 2026. Foto JAPEN

KUCHING: Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, bakal menamatkan perkhidmatannya selepas 16 tahun menerajui Jabatan Mufti Sarawak.

Beliau hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di kediaman rasmi beliau.

Kunjungan tersebut sebagai tanda menjunjung kasih serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kepimpinan, sokongan dan perhatian yang diberikan oleh Tun Wan Junaidi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Mufti Sarawak.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut buat pertama kali pada 1 Mac 2010 dan akan menamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 28 Februari 2026.

Kipli dilahirkan pada 3 November 1967 di Selalang, Sarikei dan merupakan anak jati Sarawak berketurunan Melanau.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Kelas Pertama) dan Sarjana Usuluddin dalam bidang Pemikiran Islam dari Universiti Malaya.

Selain itu, beliau turut memiliki sijil dalam bidang latihan dan penilaian dari Australia serta mengikuti kursus khas pengajian Islam di Muslim College, London.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi kefatwaan serta memperkasa pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini.

Antara sumbangan terpenting beliau ialah memimpin usaha penyelarasan dan pengurusan fatwa di peringkat negeri serta kebangsaan, selain terlibat secara aktif dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Sarawak.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua kiri) serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi (dua kanan) menyantuni Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin (kiri) dan isteri, Datin Zarina Mohamed (kanan) semasa kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto JAPEN

Beliau turut menyertai pasukan penyelidikan Malaysia berkaitan vaksin di Cuba serta bertanggungjawab menasihati Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Sarawak dalam perkara berkaitan hukum syarak.

Di peringkat Sarawak, beliau berperanan menasihati Majlis Islam Sarawak dalam pengeluaran fatwa dan perkara berkaitan Undang-Undang Islam.

Kipli juga pernah menghasilkan beberapa siri penulisan antaranya, Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah, Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga, Nota Ramdan: Menggapai Taqwa Menapak Semula Fitrah, Indahnya Syawal, Bakti Anak-anak Terhadap Ibu bapa dan Dato Sri Haji Abdul Kadir Hassan: Pemikiran dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Islam di Negeri Sarawak.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.- Japen

Continue Reading

Previous: Sarawak terus perkukuh promosi sempena Tahun Melawat Malaysia
Next: LCDA sambut 45 tahun bersama komuniti, salur zakat RM1.78 juta kepada Baitulmal Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.