Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Datu Hii Chang Kee dilantik pengerusi baharu Business Events Sarawak
  • TEMPATAN

Datu Hii Chang Kee dilantik pengerusi baharu Business Events Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATU Hii Chang Kee.

KUCHING: Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini mengumumkan pelantikan Datu Hii Chang Kee sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 November 2025.

Pelantikan beliau menggantikan Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg yang bersara pada Ogos lalu.

Datu Hii kini memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) yang bertanggungjawab terhadap komunikasi awam, transformasi perkhidmatan, inovasi serta pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Dikenali sebagai seorang pemimpin berwawasan dan inklusif, Datu Hii membawa pengalaman luas serta kefahaman mendalam mengenai kerjasama antara kerajaan, industri dan komuniti dalam membentuk impak bermakna.

Beliau berhasrat menjadikan BESarawak sebagai biro konvensyen terulung di Malaysia dan peneraju serantau bagi penganjuran acara berimpak tinggi.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pelantikan Datu Hii amat bertepatan dan strategik.

“Kedudukan beliau dalam kerajaan membolehkannya merapatkan jurang antara perancangan dan pelaksanaan.

“Ini memastikan Sarawak menjadi contoh kepimpinan inklusif di peringkat antarabangsa, yang mana kerjasama antara kerajaan dan industri menjadi pemacu kepada pertumbuhan mampan,” katanya.

Berpandukan visi itu, Hii bertekad meletakkan Sarawak sebagai destinasi utama acara perniagaan yang membawa legasi dan manfaat jangka panjang kepada ekonomi, masyarakat serta pembangunan lestari, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan menyelaras pelan untuk menjadikan Sarawak destinasi acara perniagaan bernilai strategik tinggi,” jelas Hii.

“Arah tuju kita berpaksikan tiga tonggak utama transformasi dan inovasi, impak dan legasi, serta kerjasama dan modal insan.”

Tambahnya lagi, lima bidang tumpuan utama telah dikenal pasti, iaitu pembangunan destinasi, kepelbagaian pasaran, transformasi digital, kepimpinan dalam kelestarian dan pembangunan bakat.

“Lima bidang ini menjadi tulang belakang kepada usaha Sarawak untuk muncul sebagai destinasi acara perniagaan bertaraf dunia yang berteraskan kemajuan, kerjasama dan kebanggaan demi masa depan mampan,” ujarnya.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, Hii pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta mengetuai penyediaan Sarawak Tourism Master Plan 2021–2035.

Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman berkata, pelantikan Hii menandakan bab baharu dalam pembangunan industri acara perniagaan Sarawak.

“Beliau mengimbangi kesinambungan dan semangat baharu untuk memperkukuh daya saing global Sarawak. Pengalaman luas dalam perkhidmatan awam serta kefahaman mendalam terhadap industri acara perniagaan amat bernilai bagi masa depan sektor ini,” katanya.

Hii turut memainkan peranan penting dalam penganjuran Polisi Advokasi Program Warisan (LEAP) Summit baru-baru ini yang membawa kepada Deklarasi Warisan Borneo, iaitu deklarasi penting yang disokong pembuat dasar dan pemimpin dari Malaysia, Australia, Filipina dan United Kingdom.

Peristiwa itu turut membuktikan kepimpinan Sarawak dalam mendorong perubahan positif jangka panjang di rantau Asia Pasifik serta kemampuan Hii menyatukan pemain industri antarabangsa dalam memperjuangkan legasi acara perniagaan di peringkat dasar.

Sepanjang kerjaya beliau, Hii pernah berkhidmat dalam Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Kesenian Sarawak dan Tourism Malaysia, serta terlibat dalam projek ikonik seperti Muzium Budaya Borneo.

Beliau memiliki ijazah dalam bidang Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Undang-undang, serta Pembangunan Sumber Manusia, dan merupakan graduan Program Ekskutof Kanan di Harvard Kennedy School.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak semak semula prosedur bayaran kepada jurutera, arkitek dan perunding tempatan
Next: Dua lelaki ditahan positif dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.