Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dato Wee puji kecekapan tindakan MBKS dan Bomba tangani pokok tumbang
  • Selatan
  • WILAYAH

Dato Wee puji kecekapan tindakan MBKS dan Bomba tangani pokok tumbang

Utusan Sarawak 19 hours ago

DATO Wee Hong Seng turun padang sendiri ke lokasi hari ini bersama Pegawai Landskap, Jurutera Kanan dan Jurutera Mekanikal MBKS bagi memantau perkembangan kerja-kerja baik pulih.

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, memuji tindakan pantas dan efisien pasukan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menangani kejadian pokok tumbang di Jalan Pending, semalam.

Beliau turut menghargai kecekapan, komitmen dan semangat tanggungjawab para petugas yang bertindak segera demi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Menurutnya, sejurus menerima laporan kejadian, pasukan MBKS bersama kontraktor dan anggota Bomba segera digerakkan ke lokasi. Mereka bertindak cekap membersihkan kawasan dan membuka semula laluan yang terjejas, meskipun berdepan keadaan cuaca yang mencabar.

“Inisiatif sebegini mencerminkan budaya kerja harian di MBKS. Ramai yang menjalankan tugas secara senyap tanpa mengharapkan pujian kerana mereka percaya itu tanggungjawab terhadap komuniti,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Dato Wee turut memaklumkan bahawa beliau turun padang sendiri ke lokasi pada hari ini, bersama Pegawai Landskap, Jurutera Kanan dan Jurutera Mekanikal MBKS bagi memantau perkembangan kerja-kerja baik pulih.

DATO Wee Hong Seng turun padang sendiri ke lokasi hari ini bersama Pegawai Landskap, Jurutera Kanan dan Jurutera Mekanikal MBKS bagi memantau perkembangan kerja-kerja baik pulih.

“Hasil semakan di lapangan mendapati pokok telah dialihkan dan penghadang keselamatan yang rosak telah dibaiki pada hari yang sama. 

“Kecekapan dan kesungguhan ini wajar dihargai kerana ia menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam kalangan warga MBKS,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mengakui terdapat beberapa komen dan kritikan yang dilontarkan susulan kejadian itu. Namun, beliau menggesa orang awam agar turut melihat usaha dan pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas lapangan.

“Mereka ini bekerja lama, kadang-kadang dalam keadaan berisiko, tanpa meminta pengiktirafan. Mereka hanya mahu berkhidmat demi kepentingan bersama,” tambah beliau. 

Beliau turut memohon maaf kepada orang ramai yang mungkin terkesan dengan kejadian tersebut, namun menggesa masyarakat agar terus memberi sokongan dan kefahaman terhadap peranan penting dimainkan oleh petugas-petugas bandar raya.

“Kesejahteraan bandar ini tidak bergantung kepada seorang individu sahaja, tetapi kepada wira-wira senyap yang bekerja setiap hari dengan penuh dedikasi,” jelasnya.

Dato Wee turut menzahirkan penghargaan kepada Bahagian Landskap dan Kejuruteraan MBKS, kontraktor yang terlibat serta pasukan Bomba atas kecekapan, semangat kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan dalam insiden tersebut.

Turut hadir di lokasi ialah dua Ahli Majlis MBKS, Kaunselor Eric Tay dan Kaunselor Albert Tay yang bertindak segera memasang pita amaran di sekeliling kawasan insiden sebagai langkah keselamatan awal.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: First solar-powered CCTV installed at Batu Kawa to address flying stone incidents
Next: 42 peserta Kampung Babu Hilir hadiri kursus hidroponik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.