Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dato Wee kukuhkan kerjasama MBKS dengan Toyota City
  • SEMASA

Dato Wee kukuhkan kerjasama MBKS dengan Toyota City

Utusan Sarawak 3 days ago
MESRA… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Toyota City sempena Forum Datuk Bandar Antarabangsa 2025 di Wilayah Aichi, Jepun. Turut kelihatan, Zuraida Idris, Taufiq Abdullah dan Lilian Liew.

TOYOTA CITY (Jepun): Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng meneruskan jalinan persahabatan dan memperkukuh kerjasama dua hala dengan Datuk Bandar Toyota City semasa kunjungan hormat beliau bersempena 2025 Forum Datuk Bandar Antarabangsa yang berlangsung di Toyota City, Wilayah Aichi, Jepun.

Dato Wee diiringi Timbalan Setiausaha Bandaraya (Pentadbiran dan Operasi) Zuraida Idris, Timbalan Setiausaha (Teknikal), Taufiq Abdullah serta Penolong Setiausaha Kanan, Lilian Liew.

Pertemuan tersebut menegaskan kembali hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Kuching Selatan dan Toyota City, selain membincangkan peluang baharu kerjasama dalam bidang yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya pembangunan bandar lestari, pertukaran belia dan promosi gastronomi.

MESRA… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Toyota City sempena Forum Datuk Bandar Antarabangsa 2025 di Wilayah Aichi, Jepun. Turut kelihatan, Zuraida Idris, Taufiq Abdullah dan Lilian Liew.

Kedua-dua Datuk Bandar bersetuju bahawa kerajaan tempatan memainkan peranan penting dalam merealisasikan SDG melalui inisiatif berasaskan komuniti dan berpaksikan rakyat.

Dato Wee turut menzahirkan penghargaan atas persahabatan berterusan Toyota City sejak tahun 2014 menerusi penyertaan Asuke Performing Team dalam Festival Kuching.

Persembahan dram tradisional Jepun (taiko) kumpulan itu kini menjadi tradisi pertukaran budaya yang amat dihargai dan menjadi simbol ikatan mesra antara kedua-dua bandar raya.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai cadangan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bandar Persahabatan bagi memantapkan lagi kerjasama dalam projek SDG, program pertukaran belia dan kolaborasi budaya.

MESRA… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Toyota City sempena Forum Datuk Bandar Antarabangsa 2025 di Wilayah Aichi, Jepun. Turut kelihatan, Zuraida Idris, Taufiq Abdullah dan Lilian Liew.

MoU tersebut bakal menjadi rangka kerja jangka panjang bagi mencapai matlamat pembangunan bersama antara Kuching Selatan dan Toyota City.

Selain itu, kedua-dua Datuk Bandar turut membincangkan rancangan melaksanakan program pertukaran pelajar bagi memupuk kefahaman rentas budaya serta mengukuhkan hubungan belia kedua-dua pihak.

Dato Wee turut berkongsi beberapa inisiatif semasa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) termasuk program Bandar Mesra Warga Emas dan Mesra Kanak-kanak, usaha kelestarian alam sekitar serta pembangunan infrastruktur pintar selaras dengan matlamat SDG.

Beliau turut menjemput Toyota City meneroka kerjasama dalam bidang gastronomi dan promosi budaya, sejajar dengan pengiktirafan Kuching sebagai UNESCO Bandar Kreatif Gastronomi.

Kunjungan hormat tersebut menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan dan persefahaman bersama antara Kuching Selatan dan Toyota City, sekali gus membuka jalan ke arah kerjasama lebih mendalam dalam bidang kelestarian, kebudayaan dan pembangunan komuniti.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPDN Sibu tetapkan harga maksimum sembilan barangan menjelang Deepavali
Next: Sarawak cadang penerbangan terus Air Borneo ke Singapura, kukuhkan perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.