Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dato Wee Hong Seng perkukuh usaha bandar inklusif di WCS 2025, fokus kanak-kanak dan warga emas
  • SEMASA

Dato Wee Hong Seng perkukuh usaha bandar inklusif di WCS 2025, fokus kanak-kanak dan warga emas

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng telah mengadakan pertemuan bersama Profesor Madya Aidan Wong dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sempena Forum Datuk Bandar Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) 2025 yang berlangsung di Vienna, hari ini. 

VIENNA: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng telah mengadakan pertemuan bersama Profesor Madya Aidan Wong dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sempena Forum Datuk Bandar Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) 2025 yang berlangsung di Vienna, hari ini. 

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan bandar mesra kanak-kanak dan mesra warga emas di Kuching Selatan, selaras dengan usaha menjadikan bandar tersebut lebih inklusif dan responsif kepada keperluan komuniti pelbagai lapisan umur.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam perancangan bandar melibatkan penyertaan kanak-kanak serta kajian berkaitan penuaan penduduk bandar telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik yang relevan dengan konteks Kuching Selatan.

Bleiau turut menjelaskan bahawa penubuhan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF menjadi bukti kesungguhan pihak majlis untuk melibatkan suara generasi muda dalam pembangunan bandar.

Beliau juga menyatakan bahawa platform tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada kanak-kanak untuk bersuara, malah menjadi asas kepada pembentukan nilai kepimpinan dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti sejak usia awal.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan minat untuk memperkukuh pendekatan bandar mesra warga emas melalui perkongsian pengetahuan bersama Wong dan pakar-pakar lain di rantau ini.

Beliau telah mengundang Wong untuk melawat Kuching dan menyertai bengkel khas bersama Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan bagi memperkasa pemahaman mengenai keterlibatan antara generasi dan peranan warga muda dalam pembangunan bandar.

Usaha ini menegaskan komitmen MBKS untuk membina sebuah bandar yang mendengar, memahami dan menyokong setiap peringkat usia daripada kanak-kanak yang membesar dengan yakin hingga warga emas yang menjalani kehidupan dengan bermaruah dan terhubung dengan komuniti.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemain Liverpool tiba di Portugal, pengebumian Diogo Jota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.