
KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, menceriakan suasana di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) apabila beliau mengagih kuih bulan kepada semua peniaga sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan yang bakal tiba.


DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng mengagihkan kuih bulan kepada peniaga di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM), pagi tadi.
Pemberian kuih bulan itu melambangkan semangat kebersamaan dan perkongsian, sekali gus mengukir senyuman di wajah para pengunjung dan peniaga serta mengingatkan semua akan nilai perayaan yang berteraskan kasih sayang dan komuniti.

Suasana KNFM turut bertambah meriah dengan deretan gerai hasil segar dan barangan buatan tangan, menjadikan pasar tersebut bukan sahaja medan membeli-belah, malah wadah yang menghubungkan masyarakat setempat.

