Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dato Jimmy Tie adakan kunjungan rasmi ke Incheon Marine Sky
  • SEMASA

Dato Jimmy Tie adakan kunjungan rasmi ke Incheon Marine Sky

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT DATANG…..Jang Jun Hee (keempat kanan) menyambut ketibaan delegasi Lions Club yang diketuai oleh Jimmy Tie (keenam kiri) ke Incheon Marine Sky MJF Lions Club di Incheon, Korea Selatan, semalam.

SIBU: Naib Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa 308-A2, Dato Jimmy Tie, telah mengadakan kunjungan rasmi ke Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF di Incheon, Korea Selatan, semalam.

Turut menyertai kunjungan rasmi itu ialah Pengerusi Penganjur Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik yang juga bekas Gabenor Daerah Dato Betty Wong.

Kunjungan rasmi itu diadakan untuk memperkukuhkan persahabatan antarabangsa dan mempromosikan Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik 2026 pada Julai tahun depan di Sibu.

Delegasi telah disambut mesra oleh Presiden Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF, Jang Jun Hee. Turut hadir menyambut ialah Naib Presiden Pertama Won Ji Yeon, Setiausaha Won Ji Won serta ahli-ahli jawatankuasa kelab.

Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inisiatif khidmat masyarakat, pembangunan belia, perancangan jangka panjang dan pelbagai aktiviti sosial berimpak bagi komuniti masing-masing. 

Perbincangan berlangsung secara mesra dan konstruktif, melambangkan hubungan erat serta semangat perpaduan Lions antarabangsa.

: TERIMA KASIH….Jimmy Tie (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Jang Jun Hee (kanan) sebagai tanda persahabatan.

Sementara itu, Betty turut memberikan taklimat mengenai skala penganjuran, kepentingan antarabangsa dan penyertaan yang dijangka bagi Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik 2026. 

“Acara itu dijangka menghimpunkan pemimpin Lions dari sekurang-kurangnya 17 negara, menjadikannya antara program antarabangsa terbesar di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Kepimpinan Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF menyuarakan minat tinggi terhadap sidang kemuncak tersebut dan menyatakan sokongan penuh kepada usaha District 308-A2. 

Mereka turut mengesahkan komitmen menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan antarabangsa berkenaan.

Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama dalam penganjuran khidmat bersama, program pertukaran belia serta lawatan timbal balik. 

Mereka yakin hubungan berterusan ini akan mengukuhkan jaringan Lions global dan memacu lebih banyak inisiatif khidmat masyarakat bertaraf antarabangsa pada masa depan.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malam Gala AIFFA 2025 raikan karya filem 11 negara ASEAN
Next: Kerajaan setuju secara dasar tambah kerusi Parlimen di Sarawak, Sabah – PM Anwar  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.