Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dataran kejat Hospital Saratok dinaik taraf menerusi peruntukan RTP
  • TEMPATAN

Dataran kejat Hospital Saratok dinaik taraf menerusi peruntukan RTP

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan dan siasatan tapak bagi mengenal pasti kawasan utama dataran kejat yang akan dinaik taraf bersama agensi pelaksana di Hospital Saratok. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha mempertingkat kemudahan infrastruktur kesihatan di luar bandar terus diberi perhatian apabila dataran kejat di Hospital Saratok disenaraikan untuk dinaik taraf menerusi peruntukan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diluluskan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek tersebut merupakan antara keutamaan beliau dalam memenuhi keperluan penambahbaikan prasarana hospital demi keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.

Menurutnya, beliau sendiri telah menyertai lawatan dan siasatan tapak bagi mengenal pasti kawasan utama dataran kejat yang akan dinaik taraf bersama agensi pelaksana projek iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok serta Pengarah Hospital Saratok, Dr Dayang Suhaila Abang Mohamed.

Katanya, keadaan lapangan kejat yang sudah tidak selesa dan mengalami kerosakan memerlukan tindakan segera, namun keluasan kawasan yang agak besar menyebabkan kerja-kerja naik taraf perlu dilaksanakan secara berfasa.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan dan siasatan tapak bagi mengenal pasti kawasan utama dataran kejat yang akan dinaik taraf bersama agensi pelaksana di Hospital Saratok. Foto ADUN Kalaka

Bagi fasa pertama pada tahun ini, kerja naik taraf akan memfokuskan kepada kawasan sekitar Unit Hemodialisis dan perkarangan hadapan rumah mayat Saratok yang dikenal pasti sebagai kawasan berimpak tinggi terhadap pergerakan pesakit dan kenderaan.

Beliau menjelaskan, penambahbaikan tersebut dijangka dapat meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan serta kelancaran urusan pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan.

Tambahnya lagi, projek berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan kesihatan luar bandar sentiasa berada pada tahap memuaskan dan selari dengan keperluan semasa masyarakat setempat.

Turut hadir semasa lawatan dan siasatan tapak tersebut ialah wakil Pejabat Residen Bahagian Betong, Kato Dorsie, wakil Pejabat Daerah Saratok serta Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy tanam 300 pokok di Piasau
Next: Ops TBC 2026: JPJ Sarawak pantau ketat keselamatan bas di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.