Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dasar sifar Covid-19 bawa masalah sisa plastik
  • GLOBAL

Dasar sifar Covid-19 bawa masalah sisa plastik

Utusan Sarawak 3 years ago

AKTIVIS alam sekitar berkata dasar sifar Covid-19 itu menjejaskan alam sekitar dengan menghasilkan lebihan
sisa. • Foto AFP

HONG KONG: Polisi kuarantin ketat Hong Kong, yang bertujuan untuk menghentikan penyebaran Covid-19 di sempadan dan dalam komuniti, telah dikritik kerana didakwa merosakkan ekonomi dan kesihatan mental.

Aktivis alam sekitar juga mendakwa dasar itu menjejaskan alam sekitar dengan menghasilkan lebihan sisa.

“Setiap seorang daripada kakitangan di sini memakai PPE lengkap; gaun, sarung tangan, but dan topi.

“Telefon, malah alat kawalan jauh, semuanya telah dibalut dengan selofan,” kata usahawan, Clementine Vaughan, kepada AFP dari hotel kuarantinnya.

Hong Kong melupuskan lebih 2,300 tan sisa plastik sehari, dan dengan kadar kitar semula hanya 11 peratus, kebanyakan sisa masuk ke tapak pelupusan sampah.

Jurucakap kerajaan berkata, mereka menyedari peningkatan sisa buangan sejak Covid-19 bermula, dan menggesa orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup hijau semampu mungkin.

Edwin Lau, aktivis bersama kumpulan The Green Earth berkata, pendekatan Hong Kong terhadap Covid-19 mencerminkan kurangnya kesedaran alam sekitar.

“Mereka yang tinggal di hotel kuarantin, mereka bukan kes yang sudah disahkan,” kata Lau, menggesa kerajaan membenarkan kitar semula atau penggunaan semula plastik dari kemudahan kuarantin.

Hong Kong, salah sebuah negara yang memegang dasar sifar Covid-19, telah mengkuarantinkan puluhan ribu orang tahun ini.

Kemudahan dan fasiliti kuarantin dianggap menambah masalah lebihan sisa, apatah lagi semua makanan dibekalkan dan dibungkus dalam beg plastik.-AFP

Tags: Covid-19

Continue Reading

Previous: Protes di Sweden terus melarat
Next: Lebih sejuta keluarga tidak mampu beli makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.