Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dasar Peralihan Tenaga Sarawak dilancar
  • SEMASA

Dasar Peralihan Tenaga Sarawak dilancar

Utusan Sarawak 3 days ago

Abang Johari ketika berucap pada majlis libat urus Industri Awam Meesty dan Majlis Pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

PETRA JAYA: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini melancarkan Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) yang menjadi landasan transformasi negeri ini ke arah masa depan tenaga rendah karbon, selamat dan inklusif.

Premier Sarawak berkata SET-P merupakan dokumen dasar menyeluruh yang menyatukan strategi sedia ada di bawah satu kerangka dengan fokus memastikan keselamatan tenaga, kelestarian alam sekitar dan peluang ekonomi. 

“Kerajaan Sarawak menyasarkan pelaburan sebanyak RM700 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui, khususnya dalam bidang hidrogen, solar dan gas.

“Pendapatan yang dijana dijangka memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memastikan peralihan tenaga ini bukan sahaja transformasi, tetapi juga adil dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis libat urus Industri Awam Meesty dan Majlis Pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Abang Johari berkata SET-P berteraskan tujuh tonggak strategik iaitu tenaga boleh diperbaharui, gas asli, kecekapan tenaga, mobiliti rendah karbon, hidrogen bersih, pemerapan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta tenaga alternatif. 

“Ini disokong lima pemangkin utama iaitu tadbir urus kukuh, pembiayaan inovatif, infrastruktur mantap, teknologi dan inovasi, serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

“Sarawak turut memperkenalkan dua dasar penting lain iaitu Peningkatan Kelestarian Sarawak dan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak (SHDR), masing-masing memacu kelestarian dan menjadikan Sarawak peneraju pengeluaran hidrogen bersih di rantau ini,” jelasnya.

Beliau menegaskan dasar-dasar tersebut selaras dengan agenda tenaga nasional seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Tenaga Negara (NEP).

“Namun perkara ini direka khas mengikut konteks komuniti, geografi, sumber serta keutamaan pembangunan Sarawak.

“Peralihan tenaga memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri, akademia, masyarakat sivil dan komuniti tempatan, selain menarik penyertaan rakan pembangunan antarabangsa serta pelabur swasta,” katanya.

Majlis turut menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan Bintulu Port Holdings dengan Borneo Biogas, Guofu Qingneng (Guofu Hydrogen), serta Sakura Ferroalloys Sdn Bhd dan Mou antara Bus Asia dengan High Chem.

Selain itu, turut berlangsung pertukaran Perjanjian Induk (HoA) antara Planet QEOS dengan China Construction Sixth Engineering Bureau, ES Sunlogy Energy Solution, EFS ReVision Energy, dan Founder. 

Oleh AMANDA L dan MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: MBKS, PDRM kukuhkan kerjasama atasi jenayah dan masalah sosial
Next: Majlis Tenaga Sarawak bakal ditubuhkan tahun depan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.