Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Dasar pendidikan wajib perlu ambil kira isu kemiskinan luar bandar
  • PENDIDIKAN

Dasar pendidikan wajib perlu ambil kira isu kemiskinan luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
AHMAD Johnie Zawawi.

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan dasar pendidikan menengah wajib harus mengambil kira masalah tekanan sosioekonomi dan kemiskinan yang masih membelenggu ramai keluarga di pendalaman.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, ramai pelajar yang terpaksa berhenti sekolah kerana perlu bekerja untuk membantu keperluan asas keluarga.

Selain itu, katanya, ramai ibu bapa yang tidak mampu untuk membeli pakaian seragam dan keperluan pelajaran yang lain dan akhirnya memilih untuk tidak menyambung persekolahan anak ke peringkat menengah.

“Keadaan sekolah yang daif, tiada akses internet, tiada kemudahan peralatan belajar, infrastruktur sekolah yang uzur, masalah kekurangan guru dan suasana pembelajaran yang tidak kondusif telah mencipta pengalaman yang buruk dan negatif pada pelajar dan akhirnya menjadi faktor yang menolak minat mereka untuk terus belajar di sekolah menengah.

“Tidak dinafikan faktor kemiskinan merupakan penghalang utama pelajar khususnya di luar bandar Sarawak untuk menyambung pelajaran ke peringkat menengah dalam komuniti yang miskin, wujud persepsi dan budaya bahawa tamat sekolah rendah sudah mencukupi untuk anak-anak mereka bekerja di kedai-kedai runcit, kilang dan sebagainya.

“Malah pendidikan menengah dilihat tidak memberi pulangan segera malah membebankan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Teks Perbahasan Rang Undang – Undang Pendidikan Sekolah Menengah, hari ini.

Katanya, Igan mencadangkan agar bantuan awal persekolahan ditambah dan diberi secara bersasar kepada pelajar yang miskin untuk membantu mereka membeli pakaian sekolah, buku, alat tulis dan sebagainya.

“Selain itu, dicadangkan agar kerajaan menawarkan biasiswa kecil kepada pelajar berprestasi dari kalangan keluarga miskin secara bulanan. Igan juga memohon agar Kementerian Pendidikan melihat kepada keperluan membina sekolah menengah baharu di zon luar bandar untuk mengurangkan kebergantungan kepada sekolah bandar dan mengelak pelajar tercicir kerana jarak yang jauh,” jelasnya.

Tambah beliau, Igan memohon agar masalah sekolah daif di Sarawak dapat diatasi dengan segera agar murid belajar dalam suasana yang kondusif.

“Igan juga mencadangkan agar diwujudkan pusat komuniti pembelajaran di rumah panjang atau dewan kampung sebagai sokongan pembelajaran luar waktu sekolah untuk pelajar yang memerlukan,” ujarnya

Katanya, pelaksanaan dasar pendidikan menengah wajib di Sarawak hanya akan berjaya jika ekosistem pendidikan di luar bandar diperkukuhkan terlebih dahulu.

“Cadangan ini bertujuan agar tiada pelajar yang tercicir hanya kerana keluarga mereka miskin, tinggal jauh di pendalaman, sekolah yang daif, kekurangan alat kemudahan mengajar, tiada guru dan sebagainya,” jelasnya.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 15,000 permohonan Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak telah diluluskan – Fadillah
Next: Dewan Rakyat lulus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.