Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Dasar pendidikan percuma Sarawak pacu pembangunann modal insan sektor bernilai tinggi
  • PENDIDIKAN

Dasar pendidikan percuma Sarawak pacu pembangunann modal insan sektor bernilai tinggi

Utusan Sarawak 3 days ago
 ABANG Johari berucap pada majlis Hari Terbuka Strategi Sifar Bersih & Pelan Karbon Sarawak di Hotel Sheraton, Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak akan menyalurkan inisiatif pendidikan tinggi percuma untuk memperkukuh modal insan dalam sektor bernilai tinggi seperti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), tenaga boleh diperbaharui serta teknologi alam sekitar. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif dilaksanakan tahun depan itu, merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang bagi memastikan rakyat negeri itu dilengkapi pengetahuan teknikal serta kemahiran diperlukan untuk memimpin peralihan ke arah ekonomi mampan dan rendah karbon. 

“Sarawak dianugerahkan dengan modal semula jadi kerana kita mempunyai 62 peratus kawasan liputan hutan. Apabila kita memiliki modal alam sekitar dan modal insan yang boleh dilatih, maka Sarawak boleh menjadi pemain pada peringkat dunia. 

“Kami telah mengambil langkah berani untuk bertindak demi generasi masa depan. Kita juga memerlukan golongan teknokrat, mereka yang mahir dalam sains dan boleh menyumbang kepada kaedah kita menguruskan peralihan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran program Hari Terbuka Strategi Sifar Bersih dan Pelan Karbon Sarawak di sini hari ini. 

Abang Johari berkata inisiatif pendidikan percuma itu direka untuk melahirkan generasi baharu saintis, jurutera dan ahli teknologi bagi menyokong sektor hijau Sarawak yang berkembang pesat, khususnya dalam ekonomi hidrogen, pengurusan karbon dan projek CCUS. 

Beliau menambah dasar tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk membina ekonomi berteraskan pengetahuan dan mampu menghasilkan inovasi bagi menyelesaikan cabaran alam sekitar global serta mewujudkan peluang yang mampan kepada generasi hadapan. 

Penganjuran program itu memberi platform kepada peserta untuk meneroka dan memberi maklum balas kepada hala tuju nyahkarbon negeri serta mekanisme pasaran karbon yang akan membentuk masa depan Sarawak.

Ia juga melibatkan bengkel mengenai pelaporan kelestarian dan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menyediakan peluang kepada pemimpin industri dan pembuat dasar untuk bertukar idea serta amalan baik bagi memacu tindakan iklim yang dapat diukur dan mewujudkan nilai jangka panjang.

-BERNAMA

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar 100 peratus kelulusan UPDLP Tahun Enam – Roland Sagah
Next: KPM perkukuh sistem keselamatan sekolah, gubal Akta Anti-Buli 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.