Dato Sri Wahab beri sumbangan daging sempena Nisfu Syaaban untuk kawasan Matu, Daro dan kawasan Pulau Bruit

Facebook
WhatsApp

DARO: Bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah menaja daging lembu sempena Nisfu Syaaban 2025 di kawasan Matu-Daro dan Pulau Bruit.

Di Pulau Bruit, agihan daging diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Penibong hari ini.

Penerima agihan adalah untuk Masjid Kpg Betanak, Penibong, Salah Kechil, Penipah, Tekajong dan Bruit, manakala surau yg turut menerima agihan adalah Surau Kampung Bruit, Tekajong, Penipah dan Penuai.

Agihan daging turut diperluaskan ke Kampung Semop, Kampung Sedi, Kampung Sebakau, Kampung Saai dan Kampung Kut.

Di Daro pula, ia diagihkan untuk masjid dan Surau dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan ketua masyarakat.

Sumbangan peribadi Wahab yang juga Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, di Matu pula diagihkan untuk masjid dan surau termasuk di Igan.

AZAM-IPRM buka laluan tubuh IPRM Sarawak Chapter

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh profesionalisme serta