Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Daripada fobia ular, kini jadi pengusaha kedai haiwan eksotik
  • INSPIRASI

Daripada fobia ular, kini jadi pengusaha kedai haiwan eksotik

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGASAS Brotherhood Reptiles, Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 29, menunjukkan katak Pokok atau Dumpy Tree Frog ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Insiden berdepan dengan ular sawa ketika berusia tujuh tahun menghantui hidup Nur Nina Farisha Woo Abdullah hingga dia dewasa, namun trauma itu juga membawanya ke dunia peniagaan dan penjagaan haiwan eksotik termasuk ular. 

Dinamakan Brotherhood Reptiles, perniagaan yang diusahakan bersama-sama dengan suaminya sejak 2018 di Alam Damai, Cheras di sini, memiliki ratusan haiwan eksotik seperti tarantula, ular sawa batik, ular kapak hidung pipih atau ular kapak Borneo, katak “pacman”, sesumpah dan pelbagai lagi.

Mula dikenali dalam kalangan peminat hidupan jenis itu sejak aktif di platform media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan, wanita ini yang lebih mesra dipanggil Nina, berkata majoriti haiwan eksotik yang dimilikinya diimport dari beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat, Thailand dan Indonesia.

TIDAK semua orang selesa berhadapan dengan haiwan eksotik, apatah lagi memegangnya sambil bercakap di hadapan kamera, satu situasi yang bagi kebanyakan orang sudah cukup untuk menimbulkan rasa takut dan tidak selesa. Foto Bernama

“Dulu saya fobia dengan ular…masa kecil, saya pernah nampak ular sawa berenang dekat dengan saya dalam kolam, jadi ketakutan itu memang terbawa-bawa sampai besar. Ketakutan itu saya atasi secara berperingkat ketika di kolej. 

“Daripada hanya berani pegang sedikit demi sedikit akhirnya saya mampu mengendalikan pelbagai haiwan eksotik dengan lebih selesa,” katanya ketika ditemui Bernama di kedainya baru-baru ini.  

Keberanian wanita kecil molek berusia 29 tahun ini mengendalikan pelbagai spesies haiwan eksotik, menarik minat netizen yang ingin tahu bagaimana dia ‘terjebak’ dalam pekerjaan yang jarang sekali diceburi oleh kaum Hawa. 

Berkongsi ceritanya, anak kelahiran Johor Bahru dan juga ibu kepada dua cahaya mata itu berkata semuanya bermula selepas dia gagal mendapatkan pekerjaan sejurus tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan luar pantai (minyak dan gas).

TIDAK semua orang selesa berhadapan dengan haiwan eksotik, apatah lagi memegangnya sambil bercakap di hadapan kamera, satu situasi yang bagi kebanyakan orang sudah cukup untuk menimbulkan rasa takut dan tidak selesa. Foto Bernama

Idea untuk menceburi bidang itu tercetus daripada perbincangan dengan suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman. 

Bermula di rumah pada 2015 sebelum memiliki kedai sendiri pada 2018, Nina mula berkongsi video tentang haiwan eksotik milik mereka di platform media sosial dengan pendekatan santai dan bahasa mudah.

 “Tidak sangka video yang dikongsi di media sosial kami menerima sambutan luar jangka, dan ini mendorong saya untuk menghasilkan video secara konsisten tentang spesies reptilia yang tidak diketahui ramai serta teknik penjagaan yang betul,” katanya.

PENGASAS Brotherhood Reptiles, Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 29, menunjukkan ular ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Tidak semua orang selesa berhadapan dengan haiwan eksotik, apatah lagi memegangnya sambil bercakap di hadapan kamera, satu situasi yang bagi kebanyakan orang sudah cukup untuk menimbulkan rasa takut dan tidak selesa. Foto Bernama

Nina yang belajar sendiri ilmu berkaitan haiwan eksotik selain merujuk individu berpengalaman, turut berharap perkongsiannya itu dapat mengubah pemikiran sebahagian besar masyarakat yang sering menganggap haiwan-haiwan berkenaan sebagai hidupan berbahaya.

–Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Pengusaha bedak sejuk mampu hasilkan 100 botol semasa musim panas
Next: Adela Ida muncul wanita Iban pertama terajui MSPTM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.