Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Dari padang ke gelanggang, anak muda Simanggang kejar impian tinju
  • INSPIRASI

Dari padang ke gelanggang, anak muda Simanggang kejar impian tinju

Utusan Sarawak 12 hours ago
MOHAMMAD Azzaharul tekad meninggalkan sukan bola sepak yang diminatinya satu ketika dahulu untuk ‘terjun’ ke sukan tinju. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Dari padang bola sepak ke gelanggang tinju, itulah kisah penuh semangat seorang anak muda, Mohammad Azzaharul Hamie Zain Ilham, 25 tahun, yang berani mempertaruhkan segalanya demi mengejar impian.

Pernah mewakili Bahagian Sri Aman dan beberapa kelab dalam kejohanan bola sepak suatu ketika dahulu, minatnya terhadap tinju sebenarnya sudah lama terpendam.

Pada 2023, beliau mula menyertai Kelab Tinju Simanggang (KTS), namun perjuangan itu terhenti seketika apabila terpaksa bekerja di Kuching.

AKSI pertama kali Azzaharul di dalam gelanggang tinju di peringkat tertinggi beberapa hari lalu. Foto: Adi Safarman

Segalanya berubah apabila Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak diumumkan bakal berlangsung di Simanggang. Tanpa ragu, Azzaharul nekad meninggalkan kerjaya dan kembali ke gelanggang.

“Sejak empat bulan lalu saya berlatih bersungguh-sungguh. Saya tahu jalan ini bukan mudah, ia menuntut komitmen dan pengorbanan,” katanya kepada Utusan Sarawak, hari ini.

Impian memasuki dalam gelanggang buat pertama kalinya di peringkat tertinggi akhirnya terlaksana apabila beliau turun beraksi menentang petinju 1 Divisyen A, Mohd Amar Haziq Shahbudin dalam kategori Middle 75kg, beberapa hari lalu. Walaupun tewas, semangatnya sedikit pun tidak luntur.

AZZAHARUL semasa menjalani latihan tinju. Foto: Adi Safarman

“Kalah menang bukan ukuran, yang penting saya sudah menjejakkan kaki ke gelanggang tinju. Ini hanya permulaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azzaharul turut merakamkan penghargaan kepada keluarganya termasuk ibu dan adik beradiknya yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan beliau untuk menceburi sukan baharu ini.

“Saya berterima kasih kepada ibu serta adik-beradik yang tidak putus memberikan kata semangat dan dorongan.

SOKONGAN dan dorongan ibu dan adik beradiknya yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan beliau untuk menceburi sukan baharu ini. Foto: Adi Safarman

“Tidak lupa kepada barisan jurulatih KTS, penyokong dan rakan-rakan yang terus menyokong langkah saya dalam bidang baharu ini,” ujarnya.

Berasal dari Kampung Hilir Simanggang, anak muda yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu kini mengangkat harapan baharu untuk terus berlatih, mengasah bakat dan berharap satu hari nanti berdiri sebaris dengan petinju terbaik di pentas tertinggi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Starllient Buma, lelaki di sebalik sentuhan seni dunia kecantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.