Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dari masjid ke masyarakat, LAKIL giat galak derma darah
  • KESIHATAN

Dari masjid ke masyarakat, LAKIL giat galak derma darah

Utusan Sarawak 14 hours ago
DERMA DARAH…Bendahari LAKIL, Mahmut Amit (lima dari kanan barisan belakang) bersama jawatankuasa LAKIL pada Program Derma Darah semalam. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Jawatankuasa masjid terus diperluaskan melalui program tanggungjawab sosialnya untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan.

Bagi tujuan itu Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) mengadakan Kempen Derma Darah yang julung kali diadakan bagi membantu mendapatkan bekalan darah untuk Hospital Limbang.

Bendaharinya Mahmud Amit berkata sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif di daerah ini, pihaknya meluaskan program keagamaan, kebajikan dan sosial dengan menyebar luaskan kesedaran pentingnya menderma darah.

“Program yang diadakan julung kalinya bertujuan untuk membantu mengisi tabung darah di hospital daerah bagi mengelak berlakunya kekurangan bekalan darah.

“Program ini adalah salah satu cara sumbangan bakti kepada masyarakat yang dijalankan dari semasa ke semasa selain membantu pihak Hospital Limbang mengisi kekurangan tabung darah di hospital tersebut,” katanya pada program itu semalam.

Jelasnya, kempen derma darah wajar diadakan secara berterusan dalam menyahut gesaan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

Pada masa yang sama ia dapat memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat selain menimbulkan semangat untuk membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti derma darah.

Program Derma Darah itu mendapat kerjasama daripada Syarikat S Ahmad & Son, orang perseorangan Joseph Wong Ku Hai dan Pusat tabung Darah Hospital Limbang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang, Penghulu Jamil Bakar.

Seorang penderma Ros Ina, 44, berkata beliau tidak akan melepas peluang untuk menderma darah setiap kali program dan kempen derma darah diadakan di daerah itu.

“Saya sudah menderma sebanyak 40 kali sejak mula-mula menderma pada tahun 2000 iaitu  25 tahun yang lepas.

“Kali pertama saya menderma darah pada usia 19 tahun kerana terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan darah,” jelasnya.

Katanya, amalan menderma darah boleh menyelamatkan nyawa orang lain dan pada masa yang sama, amalan ini juga baik untuk kesihatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KPJ Kuching rai kejayaan 1,111 pembedahan lutut robotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.