Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • ‘Darah Anda, Harapan Mereka’ di Moonrise Garden
  • KESIHATAN

‘Darah Anda, Harapan Mereka’ di Moonrise Garden

Utusan Sarawak 2 days ago
POSTER Kempen derma darah pada Ahad, 13 Julai ini bertempat di Moonrise Garden, Gala City.

KUCHING: Kempen derma darah akan diadakan pada Ahad, 13 Julai ini bertempat di Moonrise Garden, Gala City, bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Moonrise Garden Bar dan Lounge dan BR Convenience Store serta mendapat sokongan penuh daripada Borneo Medical Centre (BMC). Dengan slogan “Darah Anda, Harapan Mereka”.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.

Menurut penganjur, satu pendermaan darah mampu membantu sehingga tiga orang pesakit untuk terus hidup serta pemeriksaan kesihatan secara percuma juga akan disediakan kepada semua penderma yang hadir.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen ini digalakkan untuk mendaftar lebih awal dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian +6012-8030818.

Oleh Norman B

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh peranan global dalam rawatan luka, melecur
Next: Hospital Miri terima sumbangan bagasi, alat pemeriksaan darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.