Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dapur rumah terbakar di Kampung Segedup
  • Selatan
  • WILAYAH

Dapur rumah terbakar di Kampung Segedup

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN dapur rumah selepas kebakaran yang terletak Kampung Segedup, Jalan Stapok Batu Kawa hari ini. Foto JBPM 

KUCHING: Sebuah rumah setingkat berstruktur separuh kekal di Kampung Segedup, Jalan Stapok Batu Kawa, mengalami kebakaran pada bahagian dapur petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 4.31 petang.

Komander Operasi, PBK I Gajau Jemat berkata, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan sekitar 30 kaki kali 40 kaki persegi.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran yang melibatkan bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Segedup, Kuching.

“Kebakaran berlaku di bahagian dapur dengan anggaran kemusnahan sekitar 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, api berjaya dikawal 5.02 petang dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya 5.24 petang.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Oleh Clarissa Ima

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, operasi disambung esok
Next: Sentuhan Ramadan YADIM dan CIMB Islamic Bank di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.