Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Dapur Digital PPR Beringin lonjak semangat keusahawanan komuniti
  • RENCANA

Dapur Digital PPR Beringin lonjak semangat keusahawanan komuniti

Utusan Sarawak 2 weeks ago


SEJAK mula beroperasi pada 22 Julai lepas, inisiatif Dapur Digital di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di sini, berhasil membantu penduduk setempat, khususnya golongan suri rumah, menjana pendapatan dan membaiki taraf hidup. Penyelarasnya Maznah Ebirahman berkata seramai 10 peserta berusia 40 hingga 60 tahun terlibat dalam program itu yang berjaya merekodkan jualan melebihi RM4,000 dalam tempoh dua minggu pertama operasi, sebelum meningkat kepada hampir RM10,000 pada Ogos. Foto BERNAMA

PENYELARASAN Dapur Digital, Maznah Ebirahman bersama peserta yang terlibat dalam program Dapur Digital di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin baru-baru ini. Sejak mula beroperasi pada 22 Julai lepas, inisiatif Dapur Digital di PPR Beringin, berhasil membantu penduduk setempat, khususnya golongan suri rumah, menjana pendapatan dan membaiki taraf hidup. Foto BERNAMA

SEJAK mula beroperasi pada 22 Julai lepas, inisiatif Dapur Digital di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di sini, berhasil membantu penduduk setempat, khususnya golongan suri rumah, menjana pendapatan dan membaiki taraf hidup.

Penyelarasnya Maznah Ebirahman berkata seramai 10 peserta berusia 40 hingga 60 tahun terlibat dalam program itu yang berjaya merekodkan jualan melebihi RM4,000 dalam tempoh dua minggu pertama operasi, sebelum meningkat kepada hampir RM10,000 pada Ogos. 

“Kami kini memperluas pasaran melalui platform digital GrabFood dan FoodPanda, sekali gus mencapai lebih ramai pelanggan serta meningkatkan jualan dalam talian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dapur komuniti itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, dengan setiap hidangan dimasak segar dan dijual pada hari sama.

“Menu harian sentiasa berubah-ubah, namun beberapa juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi Kak Wok, ayam gunting dan lempeng menjadi pilihan tetap pelanggan,” katanya, menambah harga bermula RM8 satu pek dan mereka juga menerima tempahan untuk jumlah besar termasuk kenduri. 

PESERTA inisiatif Dapur Digital di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin menyediakan juadah untuk dijual kepada pelanggan. Dapur komuniti itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang, dengan setiap hidangan dimasak segar dan dijual pada hari sama. Foto BERNAMA

Bagaimanapun, Maznah mengakui perjalanan itu tidak semudah disangka kerana mereka berdepan cabaran persaingan dengan peniaga lain di kawasan sekitar di samping kos bahan mentah yang semakin meningkat.

“Kami terpaksa berkongsi modal untuk teruskan operasi. Hasil jualan pula dibahagi secara telus agar semua peserta mendapat manfaat,” katanya sambil menambah dapur itu turut digunakan untuk pelbagai aktiviti komuniti oleh persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Maznah berharap Dapur Digital itu akan terus mendapat sokongan pelbagai pihak sekali gus memberi manfaat lebih besar kepada komuniti setempat, khususnya dalam membantu suri rumah menjana pendapatan sendiri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka.

Seorang peserta, Nazirah Ariffin, 48, berkata minat mendalam terhadap dunia masakan mendorongnya menyertai program itu untuk menjana pendapatan sampingan.

“Sebelum ini saya menyediakan makanan untuk tadika. Bila ada peluang saya terus sertai program ini sebab lokasinya dekat dengan rumah. Sekarang bolehlah tambah pendapatan sendiri dan membeli keperluan peribadi tanpa bergantung sepenuhnya pada suami,” katanya.

Pengurus Impak Komuniti Pepper Labs Syukur Shariff berkata PPR Beringin  antara 10 lokasi terpilih bagi fasa pertama pelaksanaan Dapur Digital pada tahun ini.

ANTARA juadah yang dijual melalui inisiatif Dapur Digital di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di sini. Dapur komuniti itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang, dengan setiap hidangan dimasak segar dan dijual pada hari sama. Foto BERNAMA

“Selepas pelaksanaan 10 lokasi fasa pertama ini, kami merancang menambah 15 lagi Dapur Digital di seluruh negara, menjadikan keseluruhan 25 lokasi seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025,” katanya.

Syukur berkata sebagai perusahaan sosial, Pepper Labs menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi peralatan memasak, pengubahsuaian ruang, kursus kemahiran serta sesi bimbingan hingga dua tahun sebelum peserta mampu berdikari.

“Peserta turut diberi panduan untuk menjalani kursus peningkatan kemahiran selain mengikuti sesi bimbingan berterusan, manakala peruntukan disesuaikan dengan fokus setempat sama ada untuk katering, jualan atau aktiviti memasak,” katanya yang berharap lebih banyak pihak tampil membantu komuniti itu.

Projek Dapur Digital merupakan usaha memperkasa komuniti B40 khususnya ibu tunggal dan golongan belia melalui inovasi ekonomi digital.

Inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Pepper Labs, Yayasan Hasanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).- Bernama

Continue Reading

Previous: Jika tika dan saatnya berlaku
Next: Makna jihad sebenar menurut al-Quran dan sunnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.