Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daphne Baun dinobat Miss Gawai Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Daphne Baun dinobat Miss Gawai Sarawak 2025

Utusan Sarawak 22 hours ago
TAHNIAH…Daphne Baun David (tengah) yang mewakili Keligit Orang Ulu Miri Division dinobatkan sebagai Miss Gawai Sarawak 2025. Foto UKAS

MIRI: Pertandingan Miss Gawai Sarawak 2025 bukan sekadar pertandingan ratu cantik, sebaliknya merupakan wadah untuk memartabatkan budaya, warisan dan identiti kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu serta suku Dayak yang lain.


Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata rekaan pakaian, seni pertuturan serta persembahan menampilkan kekayaan adat dan bahasa tradisi negeri ini yang kaya warisan.

“Memang benar bahawa acara Gawai berfungsi untuk menunjukkan kepada negara dan dunia mengenai kekayaan budaya, tradisi dan adat komuniti Dayak. Hari Gawai bukan hanya pesta menuai tetapi jambatan perpaduan rakyat pelbagai etnik di Sarawak.

“Acara seperti Miss Gawai Sarawak ini bukan sahaja meraikan kaum Dayak tetapi mengajak semua rakyat memahami, menghormati dan mendekati budaya kita. Ia adalah manifestasi semangat ‘Segulai Sejalai’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian pertandingan tersebut  di Dewan Pusat Budaya FORUM di sini, malam tadi.

KENANGAN…Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala (duduk, tujuh dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan pada majlis Pertandingan Miss Gawai Sarawak 2025 di Miri malam tadi. Foto UKAS 

Menurutnya, karnival  kali ini cukup istimewa kerana julung kalinya diadakan di Miri dengan Pusat Budaya FORUM menjadi lokasi utama yang mencerminkan kebanggaan komuniti Orang Ulu.

“Kita berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemberian tanah seluas lima ekar dan geran RM37 juta bagi pembinaan bangunan pusat  ini yang kini menjadi mercu tanda baharu di bandar raya Miri,” ujarnya.

Pertandingan Miss Gawai Sarawak 2025 merupakan acara kemuncak Karnival Gawai Tradisi 2025 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Budaya FORUM.

Sementara itu, Daphne Baun David,23 yang mewakili Keligit Orang Ulu Miri Division
dinobatkan sebagai Miss Gawai Sarawak 2025.

Naib juara pertama disandang oleh Olvin Alexandra Moses, 20 mewakili Kumang Gawai Betong manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Mini Wimplinger, 21 wakil Dayung Sangon Bahagian Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Tebing Barat Sibu bakal dibina, SUPP optimis lonjak pembangunan Bawang Assan
Next: Kestabilan politik asas pembangunan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.