Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DAP Stampin teruskan program ‘Kembali ke Sekolah’ untuk tiga sekolah rendah
  • Selatan
  • WILAYAH

DAP Stampin teruskan program ‘Kembali ke Sekolah’ untuk tiga sekolah rendah

Utusan Sarawak 5 hours ago

Michael Kong menyerahkan beg kepada para murid.

KUCHING: DAP Stampin meneruskan inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ hari ini dengan penyerahan kelengkapan sekolah kepada para murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana, SK Garland dan SK Jalan Arang.

Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata, program ini mencerminkan kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak berhak memulakan sesi persekolahan baharu dengan keyakinan dan sokongan sewajarnya.

Menurutnya, inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas kukuh untuk masa depan yang lebih baik.

“Kami tidak mahu mana-mana kanak-kanak tercicir hanya kerana keluarga mereka berdepan tekanan kewangan. Dengan membantu anak-anak kita, kita sebenarnya sedang melabur dalam kemajuan dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Kong menambah, DAP Stampin akan terus bekerjasama rapat dengan pihak sekolah dan komuniti setempat bagi mengenal pasti keperluan mereka serta memberi bantuan yang bermakna.

“Usaha kami akan diteruskan dan kami akan sentiasa bersama ibu bapa, guru serta para murid. Kami akan memastikan generasi seterusnya dibekalkan dan diperkasa untuk berjaya,” ujarnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar SMK Bario raih kecemerlangan akademik
Next: Program Pulse90 perkasa gaya hidup sihat, semangat komuniti di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.