Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DAP Sarawak kekal 48 tahun hadapi cabaran politik – Chong
  • TEMPATAN

DAP Sarawak kekal 48 tahun hadapi cabaran politik – Chong

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGERUSI DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat DAP Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak kekal utuh sebagai parti pembangkang di negeri ini selama 48 tahun meskipun berdepan pelbagai tekanan dan cabaran politik sejak penubuhannya, kata Pengerusinya, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, penubuhan serta pembukaan rasmi Ibu Pejabat DAP Sarawak bukan sekadar menyediakan ruang pentadbiran parti, malah menjadi saksi kepada perjalanan panjang serta liku perjuangan DAP di Sarawak sejak hampir lima dekad lalu.

“Pejabat ini menjadi simbol sejarah dan ketabahan DAP Sarawak. Sepanjang 48 tahun, kita berdepan cabaran yang bukan mudah, termasuk tekanan politik serta godaan kuasa yang menyebabkan ada pemimpin meninggalkan parti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat DAP Sarawak, di sini, hari ini

CHONG Chieng Jen merasmikan pembukaan Ibu Pejabat DAP Sarawak yang menjadi simbol perjalanan dan perjuangan parti itu di Sarawak selama hampir lima dekad.

Menurut Chong, terdapat pemimpin terdahulu yang tidak mampu menahan tekanan dan akhirnya memilih untuk meninggalkan perjuangan, namun DAP Sarawak terus kekal konsisten sebagai pembangkang di negeri ini.

Beliau menegaskan, keteguhan prinsip serta kesetiaan ahli-ahli parti yang kekal bersama sejak awal penubuhan perlu dijadikan teladan oleh generasi muda dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

“Mereka yang kekal bersama DAP sejak hari pertama adalah contoh terbaik kepada generasi muda bahawa perjuangan politik memerlukan kepercayaan, ketabahan dan integriti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chong turut mempertahankan amalan kutipan derma awam oleh DAP meskipun parti itu kini sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, sambil menegaskan pemisahan jelas antara dana kerajaan dan dana parti.

SUASANA sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat DAP Sarawak yang disempurnakan oleh Pengerusinya, Chong Chieng Jen.

“Duit kerajaan adalah milik rakyat dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan parti. Kutipan dana parti dilakukan secara sukarela daripada orang awam yang menyokong perjuangan kita,” jelasnya.

Beliau turut mengkritik amalan penyalahgunaan kedudukan kerajaan untuk mengumpul dana parti, yang menurutnya merupakan perbuatan salah dan bertentangan dengan prinsip integriti.

Pada majlis itu, Chong merakamkan penghargaan kepada orang awam, penyokong serta ahli-ahli parti yang menyumbang dana bagi merealisasikan pembinaan dan penyiapan Ibu Pejabat DAP Sarawak, selain berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang menjayakan majlis berkenaan.

“Pejabat ini adalah ‘rumah rakyat’ dan simbol perjuangan berterusan DAP Sarawak untuk terus bersuara dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: JTS Sarawak kongsi kasih, santuni anak pesakit kanser di SCCS Kuching
Next: Pusat San Seng Tong jadi hab pendidikan, kebudayaan masyarakat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.