DAP mohon maaf kepada kerajaan, rakyat Sarawak

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook 

mewakili partinya memohon maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya pemimpin DAP menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

“Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah, Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

“ Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya menerusi satu entri di Facebooknya, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau  turut berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.