Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dana wakaf Sarawak dah agih RM94.7 juta
  • WILAYAH

Dana wakaf Sarawak dah agih RM94.7 juta

Utusan Sarawak 2 years ago
TERIMA KASIH… Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan EFS dan BIB kepada penerima dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Hospital Sarikei, pagi tadi.

SARIKEI: Sebanyak 94,781 akaun Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) telah dibuka sejak 1 Januari 2019 hingga 31 Mei lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitkan peruntukan RM94.7 juta.

“Setakat 1 Januari 2023 hingga 31 Mei 2023, pula sejumlah 8,911 orang telah memohon untuk EFS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan EFS dan bantuan ibu bersalin di Hospital Sarikei, hari ini.

EFS adalah antara inisiatif kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

EFS bertujuan membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Fatimah berkata, EFS diberi kepada anak Sarawak untuk disimpan di dalam Bank Islam pada kadar 4.2 peratus dan boleh dikeluarkan apabila anak itu mencapai usia 18 tahun.

“Tujuannya adalah untuk pendidikan terutamanya ke institusi pengajian tinggi (IPT) atau kalau sekiranya anak itu nanti tidak mahu melanjutkan pelajaran ke IPT, bolehlah juga digunakan untuk tujuan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata, paling penting ialah setiap kelahiran anak Sarawak itu ada simpanannya untuk masa depan terutama sekali simpanan untuk pendidikan.

“EFS ini haruslah dapat dinikmati oleh anak-anak Sarawak kita yang dilahirkan. Peruntukannya disediakan oleh kerajaan Sarawak.

“Kita akan teruskan program seperti ini di hospital lain supaya semuanya akan dapat maklumat dan dapat bekerjasama dengan kita untuk memastikan setiap yang layak menerima EFS ini akan memohon,” katanya.

Katanya, satu lagi inisiatif kerajaan Sarawak yang dimulakan pada 2020 adalah Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

“BIB adalah bantuan ibu bersalin iaitu sebanyak RM450 untuk setiap ibu yang bersalin dan mengikut kelayakan iaitu rakyat Sarawak atau isteri kepada rakyat Sarawak.

“Cara memohon boleh secara dalam talian (online) atau secara manual,” katanya.

Sejak Januari hingga 31 Mei 2023, jumlah permohonan BIB secara online dan manual adalah sebanyak 8,620.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Koung dan Pengarah Hospital Sarikei Dr. Mohamad Ng Siah Huat.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: 10 peserta kaligrafi Cina ke pertandingan peringkat kebangsaan
Next: Tindakan berani guru lindungi kanak-kanak wajar dihargai  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.