Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dana UNIFOR dinaikkan RM120 juta pada 2026, perkukuh pembangunan rumah ibadat, sekolah mubaligh
  • TEMPATAN

Dana UNIFOR dinaikkan RM120 juta pada 2026, perkukuh pembangunan rumah ibadat, sekolah mubaligh

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Bukit Saban 2025 di Dewan Masyarakat Spaoh, semalam. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

SPAOH: Kerajaan Sarawak telah mengumumkan peningkatan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada RM120 juta bagi 2026, sebagai komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa keharmonian beragama serta pembangunan rumah ibadat dan sekolah mubaligh di seluruh Sarawak.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peningkatan dana itu merangkumi peruntukan RM30 juta pada tahun ini khusus bagi pembangunan sekolah-sekolah mubaligh, termasuk yang terletak di Bahagian Betong.

Menurut beliau, langkah tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap peranan institusi keagamaan dan pendidikan mubaligh yang telah lama menyumbang kepada pembangunan modal insan serta perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan. Melalui UNIFOR, kita memastikan setiap komuniti mempunyai akses kepada kemudahan rumah ibadat yang selesa, di samping menyokong sekolah mubaligh yang menjadi sebahagian penting sistem pendidikan negeri,” katanya.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu kehormat pada Majlis Rumah Terbuka Krismas N37 Bukit Saban 2025 di Dewan Masyarakat Spaoh. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas N37 Bukit Saban 2025 di Dewan Masyarakat Spaoh, yang dihadiri sekitar 1,000 pengunjung daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Uggah menegaskan, keharmonian beragama yang dipupuk menerusi sokongan berterusan kerajaan negeri menjadi asas penting dalam memastikan kestabilan sosial dan kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan terus mempergiatkan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan pendidikan, termasuk peluang pendidikan percuma yang dijadual bermula tahun hadapan.

Majlis tersebut turut dihadiri Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong Sabai, serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Kota Sentosa tekankan perpaduan sempena Krismas di Kampung Stampin Baru
Next: Semangat toleransi, hormat-menghormati kekuatan utama rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.