Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dana tampung keperluan sekolah
  • SEMASA

Dana tampung keperluan sekolah

Utusan Sarawak 5 years ago
SETIAUSAHA Politik Ketua Menteri Dr. Richard Rapu menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Saint Augustine, Henry Jugah yang telah disumbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

BETONG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Augustine mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kerana telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada sekolah terbabit semalam.

Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Saint Augustine, Henry Jugah menzahirkan perasaan gembira dan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil rakyat tersebut kerana bermurah hati memperuntukan dana itu sekali gus berupaya menampung keperluan sekolah berkenaan.

“Dengan peruntukan yang disumbangkan itu, dapatlah kami di pihak PIBG menambah baik lantai bilik guru yang telah rosak.

“Saya mewakili PIBG SK Saint Augustine ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas kesudian beliau menghulurkan dana kepada sekolah ini,” katanya.

Henry berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak berupaya menampung perbelanjaan terutama berkaitan aktiviti anjuran sekolah itu sendiri.

“Dengan sumbangan tersebut juga saya berharap PIBG SK Saint Augustine memanfaatkan peruntukan yang disumbangkan itu dan merealisasikan hasrat bagi membaiki lantai bilik guru sekolah itu, dan juga untuk mengadakan aktiviti lainnya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Richard Rapu yang mewakili Uggah telah menyampaikan cek berjumlah RM20,000 kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Saint Augustine, Henry Jugah dekat sini semalam.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Covid-19: Catat kes terendah
Next: PN dijangka menang – Penganalisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.