Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dana MRP perkasa aktiviti pendidikan, sosial dan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Dana MRP perkasa aktiviti pendidikan, sosial dan komuniti

Utusan Sarawak 2 hours ago
SERAH MRP… Zameer Zaqwan (kanan) selaku wakil Dato Yusuf Abd Wahab menyerahkan geran MRP kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

SARIKEI: Inisiatif memperkasa organisasi setempat terus diperkukuh apabila sebanyak 16 pertubuhan menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM94,000 daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab.

Sumbangan diserahkan oleh wakil beliau, Zameer Zaqwan dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis, baru-baru ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Mupong Ulin merupakan penerima tertinggi dengan sumbangan MRP berjumlah RM50,000.

Turut menerima bantuan adalah PIBG SK St Anne (RM2,000) dan PIBG SK Tanjong Bundong (RM3,000).

Sementara itu, Jawatankuasa Induk Pesta Meradong menerima peruntukan MRP sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan program tahunan mereka.

Kelas Sosial dan Sukan Landas pula menerima geran MRP berjumlah RM3,000 untuk menjalankan aktiviti sosial dan pembangunan sukan.

Dalam pada itu, Yusuf berkata penyaluran geran tersebut bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan di peringkat akar umbi.

Katanya, ia adalah penting memberikan sokongan berterusan kepada pertubuhan setempat bagi memastikan usaha membina kesejahteraan sosial dapat dilaksanakan secara inklusif.

“Sumbangan ini merupakan salah satu bukti kesungguhan kerajaan meneruskan pelbagai usaha termasuk transformasi pembangunan bagi menentukan hala tuju terbaik untuk rakyat.

“Saya menyeru agar setiap program dirancang secara teliti dan memfokuskan manfaat kepada masyarakat.

“Yang pasti, kerajaan terus gigih berusaha memastikan pembangunan seimbang dicapai dengan membangunkan kawasan luar bandar seiring kemajuan bandar,” katanya ketika dihubungi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTL: BBP Bintangor pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.