Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dana MRP, bakul makanan untuk komuniti Cina Mukah
  • TEMPATAN

Dana MRP, bakul makanan untuk komuniti Cina Mukah

Utusan Sarawak 4 years ago
SIMBOLIK PENYERAHAN… Dato Hanifah (tiga, kanan) menyampaikan Bakul Makanan dan geran kepada Penghulu Henry pada upacara simbolik yang diadakan di Bangunan Persatuan Foochow Mukah pada Selasa lalu.

MUKAH: Sejumlah  144 Bakul Makanan telah diserahkan kepada  Ketua Isi Rumah (KIR)  dalam kalangan komuniti Cina di daerah ini  pada Selasa lalu.

Sumbangan tersebut  adalah daripada  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak merangkap Ahli Parlimen Mukah,  Dato  Hanifah Hajar Taib.

Acara simbolik penyerahannya  yang dilakukan oleh beliau sendiri telah diadakan pada tengah hari tersebut di Bangunan Persatuan Foochow Bahagian Mukah di sini.

Pada majlis ringkas itu, Hanifah juga menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000  kepada Persatuan Cina Bersatu  Bahagian Mukah.

Kedua-dua sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Penghulu Henry Lee Liong Ing, yang mewakili komuniti Cina tempatan.

Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Kenil Jaraiee, Pengerusi Persatuan Foochow Mukah, Kapitan Ting Siew Leong, Kapitan Kang Boon Eong, dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Mukah, Rosli Sopok.

Terdahulu daripada itu,  Hanifah dan rombongan ke Kampung Sungai Pegei, KampungTellian  Laut, Kampung  Datuk  dan disusuli dengan di Skim Penempatan Semula Kala Lama juga menyerahkan bakul makanan dan geran.

Beliau turut  menyediakan lebih  15,500 Bakul Makanan untuk diagih kepada  KIR di penempatan penduduk kawasan Parlimen 213  yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Dalat, Tellian dan Balingian.

Bakul Makanan itu mengandungi beras, biskut, mi segera,  bihun, gula, garam, kopi, teh, kari ayam  dan sardin yang bernilai keseluruhan RM50 bagi setiap bakul.

Bantuan bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Peimulihan Ekonomi (PEMULIH)  bagi Sarawak berkenaan ialah untuk meringankan sedikit beban yang dihadapi penduduk berikutan pandemik Covid-19 ini.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Projek solar SK Ba’Kelalan masuki fasa akhir
Next: 300 bakul makanan untuk KRT Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.