Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak dapat kelulusan untuk melabur secara global 
  • SEMASA

DUN: Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak dapat kelulusan untuk melabur secara global 

Utusan Sarawak 4 days ago

Abang Johari ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini. Foto JaPEN

PETRA JAYA: Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak yang mula beroperasi secara rasmi tahun lalu telah memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan pelaburan di peringkat global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu merupakan detik penting dalam usaha mempelbagaikan portfolio pelaburan, sekali gus membuka ruang kepada peluang global yang mampu memaksimumkan pulangan jangka panjang untuk negeri dan rakyatnya.

“Pada masa sama, proses pemilihan Pengurus Dana Luar juga sedang berjalan lancar. 

“Kumpulan pertama yang menumpukan kepada pelaburan pendapatan tetap kini berada di peringkat akhir pelantikan, manakala pengurusan kelas aset lain akan menyusul selepas ini.

“Fokus utama kita adalah terhadap pemeliharaan modal, sambil menyediakan asas pertumbuhan mampan untuk jangka panjang, bagi memastikan dana ini menjadi sumber kekal untuk generasi Sarawak yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di akhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

DUN Sarawak sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak secara sebulat suara pada 22 Nov 2022, dengan peruntukan awal sebanyak RM8 bilion disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Menurut RUU itu, dana berkenaan akan diurus secara profesional dan telus oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pakar serta profesional dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak sasar jadi hab logistik serantau menerusi Pelan Induk Pelabuhan
Next: Malaysia terap teknologi AI dalam pengurusan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.