Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dana Armada: Mahkamah Rayuan bebaskan Syed Saddiq
  • MAHKAMAH

Dana Armada: Mahkamah Rayuan bebaskan Syed Saddiq

Utusan Sarawak 14 hours ago
AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang media selepas Mahkamah Rayuan hari ini membebas dan melepaskannya daripada daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah (CBT), salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebas dan melepaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah (CBT), salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.

MAHKAMAH Rayuan di sini hari ini membebaskan dan melepaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri), daripada empat pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah, penyelewengan harta dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Foto BERNAMA

“Kami mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat terhadap perayu (Syed Saddiq). Kami juga mendapati tiada keterangan dan fakta kukuh yang menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan salah guna harta. Selain itu, pertuduhan berhubung pengubahan wang haram di bawah Akta AMLA juga tidak dapat dipertahankan,” kata hakim.

“Sehubungan itu, perayu dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan,” kata Hakim Noorin yang membacakan keputusan sebulat suara itu.

Syed Saddiq, 32, didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya, antara 8 hingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Syed Saddiq turut berdepan dua pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan masing-masing RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera.

Transaksi yang didakwa sebagai hasil aktiviti haram itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah wang terlibat, jika sabit kesalahan. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Suspek wanita kes dadah RM8.5 juta dibebaskan dengan jaminan polis
Next: Siasatan kes Ismail Sabri selesai – SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.