Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dalami ilmu penyembelihan
  • Utara
  • WILAYAH

Dalami ilmu penyembelihan

Utusan Sarawak 4 months ago
PENGALAMAN BAHARU… Murid-murid SK Kampung Iran semasa Program Penyembelihan di Niah. • Foto SK Kampung Iran

NIAH: Program Penyembelihan anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iran, Suai Niah yang diadakan baru-baru ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Program Penyembelihan yang berlangsung di sekolah tersebut melibatkan para guru, murid-murid, ibu bapa serta komuniti setempat memberikan sokongan padu.

Menurut kenyataan SK Kampung Iran, program tersebut bukan sahaja mampu memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah, malah turut memberi peluang kepada murid-murid untuk mendalami ilmu berkaitan ibadah penyembelihan mengikut syariat Islam.

“Ini merupakan sebuah program yang bermakna dan penting bagi memberikan pendedahan awal kepada murid-murid.

“Selain itu, ia juga memberikan pengenalan dan pengetahuan berkenaan ibadah sembelihan korban di peringkat sekolah.

“Semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT dan membawa manfaat kepada semua, teruskan menyokong aktiviti murni di sekolah,” katanya.

Katanya, program seperti itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memilih makanan yang sihat, bersih dan halal.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bailey Bridge penghubung penduduk di Bario
Next: Pantau aktiviti digital kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.