Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dakwaan ugutan jenayah terhadap Azam Baki diklasifikasikan NFA – AGC
  • NASIONAL

Dakwaan ugutan jenayah terhadap Azam Baki diklasifikasikan NFA – AGC

Utusan Sarawak 5 hours ago
Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kertas siasatan berhubung dakwaan kesalahan ugutan jenayah terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menurut kenyataan AGC hari ini, keputusan itu dibuat selepas meneliti hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan yang dibuat ahli perniagaan Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing.

Menurut kenyataan itu, penelitian mendapati elemen kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi dakwaan ugutan jenayah tersebut tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA,” menurut kenyataan itu.

Pada 13 Mei lepas, Tei membuat laporan polis mendakwa menerima ancaman daripada Azam ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan ahli politik di Sabah.

Sabtu lepas, AGC mengesahkan pihaknya sedang meneliti dua kertas siasatan membabitkan Azam iaitu berkaitan dakwaan ugutan jenayah terhadap Tei serta penerbitan artikel oleh portal Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah.

Terdahulu semalam, Azam memfailkan saman fitnah terhadap Tei di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kenyataan ahli perniagaan itu yang didakwa palsu serta mencemarkan reputasinya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri India atas pencapaian bersejarah
Next: Salah guna visa berniaga: GPPPKMM cadang hukuman lebih tegas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.