
LONDON: Pelakon Hollywood, Dakota Johnson, mendedahkan bahawa sikap sopannya mungkin menjadi punca dia gagal mendapatkan satu tawaran lakonan.
Dalam temu bual bersama Hits Radio di London, Johnson berkongsi pengalaman menghadiri sesi uji bakat yang mana dia berjabat tangan dan memperkenalkan diri kepada semua individu di dalam bilik.
Namun, tindakan tersebut disalah tafsir sebagai sikap “sombong” dan cuba mengambil hati.
“Saya cuma ada adab,” katanya, sambil menyifatkan situasi itu sebagai agak keterlaluan.
Johnson turut muncul bagi mempromosikan filem terbaharunya, Splitsville, sebuah drama komedi romantik arahan Michael Angelo Covino. Selain itu, beliau juga bakal membintangi filem Verity, adaptasi novel popular karya Colleen Hoover. – AGENS