Dagangan saham Ajinomoto digantung sehingga pengumuman

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DAGANGAN saham Ajinomoto digantung sehingga pengumuman. Foto FB Ajinomoto Malaysia

KUALA LUMPUR: Dagangan dalam saham-saham Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) akan digantung mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin sementara menunggu pengumuman.

“Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permintaan AMB untuk menggantung dagangan saham biasanya berkuat kuasa dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin, 22 Jun 2026, sementara menunggu pengumuman penting.

“Permintaan untuk penggantungan itu dibuat di bawah subperenggan 3.1(b)(i) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities,” kata AMB melalui satu pengumuman di Bursa Malaysia hari ini. 

Pada penutup, kaunter itu turun 16 sen atau 1.04 peratus kepada RM15.20, dengan 37,000 saham diurus niaga. – Bernama