Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dagangan ringgit dijangka tidak menentu minggu depan
  • BISNES

Dagangan ringgit dijangka tidak menentu minggu depan

Utusan Sarawak 1 year ago
DAGANGAN ringgit dijangka berada dalam aliran tidak menentu minggu depan.

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan, berikutan pasaran bertumpu kepada data utama seperti data pekerjaan bukan ladang Amerika Syarikat (AS) (NFP) yang penting bagi menentukan prestasi gandingan ringgit-dolar AS.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dagangan ringgit dijangka berada dalam aliran tidak menentu minggu depan.

“Sekiranya NFP ternyata lebih baik daripada jangkaan, ringgit dijangka kekal lemah minggu depan, mungkin sekitar RM4.65 yang agak menghampiri paras rintangan segeranya pada RM4.6611,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, pakar ekonomi menjangkakan pertambahan kira-kira 170,000 peluang pekerjaan. 

Laporan data yang sangat kukuh boleh merendahkan mata wang tempatan kerana ia akan menghapuskan jangkaan pemotongan kadar jangka terdekat untuk separuh kedua 2024.

Sebaliknya, beliau berkata jika laporan itu selari atau kurang daripada jangkaan, ia mungkin mengukuhkan kepercayaan terhadap penurunan kadar yang akan berlaku, yang berpotensi mencetuskan kenaikan dalam ringgit.

“Pasaran pertukaran asing Asia didagangkan rendah apabila jangkaan pemotongan kadar AS semakin meningkat.

“NFP boleh mencetuskan pemulihan yang besar pada emas dan unit mata wang tempatan. Jadi minggu depan, penilaian merentas aset akan ditentukan oleh data pekerjaan AS,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan itu didagangkan lebih rendah dengan jangkaan bahawa naratif kadar faedah yang lebih tinggi untuk jangka panjang berkemungkinan berterusan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit lebih lemah berbanding dolar AS pada 4.6525/6580 daripada 4.5900/5980 seminggu sebelumnya.

Ia diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2038/2078 daripada 3.2356/2415 seminggu sebelumnya, tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.8891/8961 daripada 5.8321/8422 dan merosot berbanding euro kepada 5.0763/0823 daripada 5.0729/0817 ketika ditutup pada Jumaat sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang Asean.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4944/4988 daripada 3.4746/4812 seminggu lepas dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.4001/4236 daripada 13.3422/3760 sebelum ini.

Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 daripada 298.1/298.6 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.28/8.31 ketika ditutup minggu lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka catat aliran lebih tinggi minggu depan
Next: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.