
LIMBANG: Sejumlah 164 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di daerah Limbang bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Disember tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh adalah kes kemalangan maut, manakala kes kematian membabitkan enam.
“Sebanyak 164 kes kemalangan direkod pada 2025, berbanding 165 kes pada 2024. Ini menunjukkan penurunan dan rosak ada 136 kes, dan kemalangan ringan sebanyak 16 kes
“Manakala kemalangan parah meningkat kepada dua kes iaitu lima kes pada 2025 dan tiga kes parah pada 2024 dan sebanyak tujuh kemalangan maut dan enam kematian pada 2025,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfiri 2026 di bandar Limbang hari ini.
Turut sama Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang DSP Peter Jumat dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang Inspektor Md Nizan Ismadi Ibrahim@Mahmood.
Parum turut mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya dengan tidak memandu laji dan mematuhi peraturan jalan raya.
Parum berkata, pihaknya turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Op Lancar bermula esok bagi mengawal titik kesesakan utama di bandar Limbang.
Katanya langkah ini bertujuan memastikan aliran trafik lebih teratur khususnya ketika orang ramai pulang ke kampung halaman serta kembali semula selepas musim perayaan.
Oleh Adeng Edrus