Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah: Sebutan semula kes Jeffry Lepa 19 Jun depan
  • JENAYAH

Dadah: Sebutan semula kes Jeffry Lepa 19 Jun depan

Utusan Sarawak 2 years ago

Mahkamah menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes tertuduh, Jeffry Lepa, 40, yang bekerja sebagai buruh dan tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin.

SIBU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan mengedar syabu seberat 72.52 gram pada November tahun lepas.

Jeffry Lepa, 40, yang bekerja sebagai buruh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Wong Siong Tung.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes, tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin.

Berdasarkan pertuduhan, Jeffry didakwa mengedar 72.52 gram Methamphetamine pada 26 November 2022, sekitar 3.00 petang di tempat parkir Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 36.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Seksyen 39B(2) ini membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 15 kali, jika sabit dengan kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto, manakala Jeffry diwakili Peguam Orlando Chua.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sejumlah syabu yang disimpan dalam satu paket plastik lutsinar.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek yang juga tertuduh didapati negatif dadah.  

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh kemudian ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Polis Marin gagalkan cubaan seleweng diesel bernilai RM231,200
Next: Penyanyi Jason Lo kekal bebas tuduhan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.