Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah 5.30 gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Semariang Jaya
  • JENAYAH

Dadah 5.30 gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Semariang Jaya

Utusan Sarawak 1 hour ago
Dadah dirampas daripada suspek.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan polis bersama dadah jenis Methamphetamine bernilai RM583 dalam satu operasi di Kampung Semariang Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki Methamphetamine seberat 5.30 gram.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine serta mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek direman selama dua hari dari 2 hingga 3 Disember 2025 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sehingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Alexson menegaskan polis komited memerangi dadah demi melindungi generasi kini dan akan datang, sambil mengingatkan bahawa dadah adalah musuh utama negara.

Orang awam digalakkan menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN Bukit Aman (012-208 7222) atau JSJN Kontinjen Sarawak (017-592 9211).

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 10 premis dipotong bekalan elektrik dalam usaha banteras perjudian di Daerah Saratok 
Next: Dadah enam gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Goebilt

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.