Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah 252.33 gram dirampas, lelaki tempatan ditahan di CIQ Merapok
  • JENAYAH

Dadah 252.33 gram dirampas, lelaki tempatan ditahan di CIQ Merapok

Utusan Sarawak 6 hours ago
TANGKAPAN MAUT… Suspek bersama dadah jenis syabu seberat 252.33 gram bernilai RM50,000 dirampas di sempadan Merapok, Lawas.  Foto PDRM Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang membawa sejumlah 252.33 gram dadah bernilai kira-kira RM50,000 di Pos Sempadan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Merapok, Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lawas telah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun, yang tidak bekerja, di CIQ Merapok pada lewat petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan yang datang dari Sabah itu mengandungi lima plastik pelbagai saiz berisi hablur kristal jernih dan berwarna biru, dipercayai dadah jenis syabu, dengan berat kasar keseluruhan 252.33 gram dan dianggarkan bernilai RM50,000.

“Pihak Polis juga turut menyita kereta yang digunakan suspek untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut. Pada masa yang sama hasil ujian air kencing suspek mendapati beliau positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semakan rekod kesalahan mendapati suspek tidak memiliki kesalahan lampau dan suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Sekiranya hukuman yang diberikan oleh mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan dan Seksyen 15(1) (a)ADB 1952 jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun dibawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini. Kes ini juga merupakan kes yang tidak boleh dijamin,” jelasnya.

DSP Liong menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotin akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membenteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Kita mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah untuk tampil dan menyalurkan maklumat melalui talian Hotline JSJN 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan talian 017-59292211(JSJN Sarawak) serta mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut, ” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima lelaki ditahan kes curi kabel tembaga bernilai RM7,000
Next: JPJ Sarawak laksana Ops E-Hailing di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.