Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • D2E1 perkasa peranan wanita menjelang 2030
  • TEMPATAN

D2E1 perkasa peranan wanita menjelang 2030

Utusan Sarawak 10 hours ago
RAKAM KENANGAN….Penerima Anugerah Premier Sarawak merakam kenangan bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

PETRA JAYA: Pelaksanaan dasar D2E1 (Kepelbagaian, Kesamaan, Ekuiti dan Keterangkuman) merupakan pendekatan strategik kerajaan Sarawak dalam memperkasa peranan wanita ke arah kemajuan menyeluruh menjelang 2030.

Berucap pada Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan dasar D2E1adalah selaras dengan hala tuju Pelan Strategik Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan menjadi antara pencetus utama kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih inklusif.

“Wanita memainkan peranan unggul dalam semua sektor seperti yang termaktub dalam dasar PCDS 2030, termasuk tadbir urus kerajaan, pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi, perindustrian, pertanian moden, keusahawanan, digitalisasi dan inovasi.

UCAPAN…. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Melalui D2E1, kita ingin memastikan semua golongan wanita mendapat peluang yang setara dan adil,” katanya.

Tambah beliau, dasar berkenaan akan direalisasikan menerusi satu unit khas di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

“Jika ini menjadi kenyataan, saya percaya inilah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Unit ini akan mempunyai objektif jelas dan menjadi platform utama untuk memperkasa wanita secara menyeluruh,” ujar Premier.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dalam ucapannya berkata, bagi memperkukuh hala tuju dan pelaksanaan inisiatif D2E1 tersebut, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi utama seperti Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), 30 peratus Club, dan Kelab, dan Kolej Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLUC).

PENYAMPAIAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Premier Sarawak (Pemimpin Wanita), Datin Sri Dato Catherine Kelo Isa @ Dato Catherine Gramong (tiga kiri).

Satu lagi inisiatif penting yang sedang dibangunkan jelas beliau ialah penubuhan Kerusi Kepimpinan Sarawak (SWLC), platform kepimpinan khusus untuk menginstitusikan dan mengangkat suara wanita dalam dasar, tadbir urus dan pembangunan komuniti.

Menurutnya lagi, selain SWLC, program intervensi awal seperti OSEIC (Pusat Intervensi Awal Sehenti) turut diperluas ke seluruh Sarawak, termasuk kawasan luar bandar menjelang 2030, manakala pendekatan ‘Ruang Terbuka’ di SeDidik membuka akses pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Dalam konteks ekonomi, beliau bercadang untuk membangunkan ‘Model Papan Pemuka Usahawan Wanita’, bertujuan untuk menyelaras data usahawan wanita dalam masa sebenar bagi membolehkan penggubal dasar membuat keputusan yang lebih tepat berpaksikan kepada data, sambil memperkasa usahawan wanita melalui keterlihatan dan keterhubungan serta akses kepada peluang yang lebih baik.

“D2E1 bukan sekadar slogan, tetapi gerakan. Ia adalah dasar yang hidup, yang menyentuh setiap lapisan masyarakat, dari kanak-kanak, wanita, warga emas, hingga kepada mereka yang terpinggir,” tambah beliau.

Sambutan tahun ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Sarawak dalam enam kategori serta pelancaran buku ‘Wanita Sarawak Mencipta Legasi’ yang menampilkan kisah 27 wanita unggul di Sarawak. – JAPEN

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemain Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 diraikan
Next: Jangan lupakan pengorbanan parajurit negara -Timbalan Menteri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.