Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuti umum Aidilfitri di Indonesia bermula 19 April
  • GLOBAL

Cuti umum Aidilfitri di Indonesia bermula 19 April

Utusan Sarawak 2 years ago

Dianggarkan seramai 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya.

JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.

Umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.

Perubahan itu dibuat kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut mudik lebaran.

Dianggarkan seramai 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya.

Balik kampung atau mudik lebaran adalah hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.

Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya.Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Continue Reading

Previous: Kubah masjid runtuh, 12 tercedera
Next: Sistem imigresen di pintu masuk Singapura kembali beroperasi seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.