Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Cuti tambahan Aidilfitri: Pesakit akan diberi tarikh janji temu baharu – Dzulkefly
  • KESIHATAN

Cuti tambahan Aidilfitri: Pesakit akan diberi tarikh janji temu baharu – Dzulkefly

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang media selepas Pelancaran Kembara Beraya Bersama Cik Era dan Pelancaran Cik Era (AI assistant di portal JomQuit KKM) hari ini. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Pesakit yang mempunyai janji temu di klinik pakar atau pusat rawatan harian di fasiliti kesihatan kerajaan pada hari cuti tambahan sempena Aidilfitri akan diberikan tarikh baharu oleh pihak hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai Program Kembara bersama Cik Era di sini hari ini, beliau berkata pesakit akan dihubungi oleh pihak hospital bagi memaklumkan perubahan tarikh supaya rawatan dan pemeriksaan mereka dapat diteruskan tanpa menjejaskan perkhidmatan fasiliti kesihatan kerajaan.

“Bagi pesakit yang janji temu ke klinik pakar atau pusat rawatan harian jatuh pada tarikh cuti umum berkenaan, mereka akan dihubungi dan tarikh baharu akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan tambahan cuti sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.

Beliau berkata cuti pada Isnin, 23 Mac akan diberikan sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat depan, manakala cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat, 20 Mac sekiranya 1 Syawal disambut pada Sabtu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pengoperasian hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Dzulkefly berkata kemudahan kesihatan berkenaan akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh cuti berkenaan.

Hospital dan klinik akan beroperasi 24 jam sehari seperti pada cuti umum lain bagi memastikan rawatan kepada pesakit tidak terjejas.

“Petugas kesihatan yang sudah dijadualkan bertugas secara panggilan juga akan terus berada di hospital bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

“Selain itu, pemantauan terhadap situasi kesihatan awam akan terus dilakukan secara berterusan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) pada peringkat negeri dan kebangsaan bagi memastikan sebarang insiden yang berpotensi memberikan impak kepada kesihatan awam dapat ditangani segera,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi kohort Januari hingga Jun 2025, sebanyak 2,476 klien yang menggunakan khidmat Cik Era ChatBot berjaya berhenti merokok.

“Satu angka yang sangat baik. Sempena Ramadan ini marilah kita berhenti merokok dan anggap ia sebagai kemenangan untuk kita meninggalkan rokok buat selama-lamanya,” katanya.

Cik Era ChatBot ialah inovasi kecerdasan buatan (AI) yang juga inisiatif KKM di bawah program JomQuit bagi memberikan sokongan, maklumat dan panduan berhenti merokok.- Bernama

Continue Reading

Previous: Borang Lampiran A hanya tangguh bayaran deposit bagi kes kritikal – Dzulkefly
Next: Skim Kad Kenyalang Gold ditambah baik, warga emas terima faedah kesihatan RM500 setahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.