Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Curi mi kari untuk dijual, wanita dipenjara dua bulan
  • MAHKAMAH

Curi mi kari untuk dijual, wanita dipenjara dua bulan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Tindakan mencuri sekotak mi kari segera dengan niat untuk menjual semula hasil curian itu kerana kesempitan wang, membawa padah apabila beliau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Ngui Mee Kah, 22, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Romario Jonoi, diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan berkuat kuasa mulai hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Ngui didakwa mencuri sekotak mi kari segera dari pasar raya di Jalan Pahlawan pada 31 Mac 2026, kira-kira 12.55 tengah hari.

Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara serta denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 31 Mac 2026, kira-kira 12.30 tengah hari, pengadu yang juga pengawal keselamatan pasar raya terbabit dimaklumkan oleh penyelia pasar raya untuk memeriksa seorang wanita yang berkelakuan mencurigakan.

Pengadu kemudian menghampiri tertuduh di kawasan parkir berhampiran kereta berwarna putih sebelum menjalankan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh memiliki sekotak mi kari segera dan lapan tin daging lembu cincang yang belum dijelaskan bayaran, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM181.19.

Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku mencuri barangan tersebut kerana memerlukan wang dan berniat menjual semula pada harga lebih murah.

Tertuduh turut mengaku telah merancang untuk mencuri di pasar raya tersebut sebelum pulang ke Bintangor bagi menjual hasil curi berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Sokolinkam Changgan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: E-waste: Bekas Ketua Pengarah JAS, timbalan dijangka dituduh esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.